KidZania Kuala Lumpur - Dunia Sebenar Kanak-kanak Part 1

KidZania Kuala Lumpur Rai Ulangtahun Ke-3 (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Dunia Sebenar Kanak-kanak Part 1 (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Dunia Sebenar Kanak-kanak Part 2 (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Jadi Penyelidik Vitamin di Makmal PharmaNiaga (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Di Emergency Room KPJ Specialist Hospital (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Jaga Baby Di KPJ Specialist Hospital (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akhirnya Akiff Berjaya Jadi Doktor (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Kerja Sebagai Pump Attendant Di Stesen Minyak (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Painting School (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Pengalaman Sebagai Profesional Photographer (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Batik Painting Aktiviti Untuk Semua Termasuk Parents (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Buat Air Vitagen Sendiri (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Kejer Di Restoran Marryborwn Boleh Makan Burger (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Buat Ais Krim Segera (klik)


Sebelum ni memang aku tahu kewujudan KidZania kat sebelah Ikea tu tapi sebab Akiff masih kecik dan tak sesuai lagi ke sana... So, memang aku tak ambik tahu pun... cuma yang aku tahu nak masuk KidZania ni mahal... huhuhu... Tapi korang kena terusssskan baca entri aku ni sebab aku nak tunjukkan berbaloi ke tak untuk bawak anak-anak ke KidZania...

Harga Tiket
Haaa ni harga tiket yang aku refer dalam website KidZania.com.my ... kalau beli online murah sikit... tapi kalau dah planing nak ke sini aku prefer korang beli tiket awal sebab masa aku pergi hari tu petugas situ cakap tiket untuk hari tu dah sold out... diorang dah tak jual... ramai sangat dahh... padahal masa tu baru pukul 12 tengah hari... Fuhhh... giler arrr... tapi bagus jugak kan macam tu... ade limit guest dalam sehari... kalau takde limit bertambah sesak la kat dalam tu...

Disebabkan kitorang ke sana atas tiket blogger untuk cover event 3rd Anniversary Kidzania maka cerita detail dari proses beli tiket sampai masuk ke dalam tak dapat la aku nak kongsikan...

Mendalah merah kat tangan Akiff ni lah wristband penting yang perlu korang pakai setiap masa sepanjang kat dalam tu... wristband ni tak boleh dibukak sendiri melainkan alatan khas yang ada kat kaunter... wristband ni ade banyak colour... aku tak pasti apa bezanya tapi yang aku nampak tiap satu family akan pakai wristband yang sama colur... 

Ni ade 1 info yang aku dapat dari staff kat sana... setiap wristband ni telah disetkan mengikut family... Kalau aku nak keluar dari situ diorang akan scan wristband tu dan kalau complete ada aku, Miss Permaisuri dan Akiff baru la kitorang dibenarkan keluar... Jadi tak perlu risau ada cubaan untuk seludup keluar bebudak dari dalam tu sebab setiap budak yang dibawa keluar akan discan dan dipastikan penjaganya baru dibenarkan keluar...

Sama jugak kalau cikgu yang bawak 20 anak murid... semua anak murid tu akan disetkan bersekali dengan wristband cikgu... takda sorang pun anak murid tu dibenarkan keluar selagi tak cukup 20 orang termasuk cikgu tu sendiri... sebab tu kat dalam sana korang boleh nampak bebudak berkeliaran sesuka hati... parents boleh duduk melepak jer... tak perlu nak follow ke mana bebudak tu pergi... bab aspek keselamatan memang agak memuaskan hati aku...

Okeh... bile dah dapat wristband tu... kaunter tu akan bagi cek bernilai 50 KidZos... KidZos ni matawang yang digunakan kat dalam ni untuk bebudak... semua gaji diorang akan dibayar dalam matawang KidZos ni... parents jangan pulak nak beli makanan guna matawang ni... hahaha... nak beli makan minum masih lagi guna RM okeh...

Kidzos ni kena collect sebanyak mungkin dan nanti boleh beli barang kat kedai souvenir guna matawang ni... tapi kalau tak silap aku pun minimum kena ada adalah 100 kidzos baru boleh membeli...

Dah masuk dalam apa kata kita ke CIMB Bank dulu... hanya kanak-kanak dibenarkan berurusan di CIMB ni... tujuan ke sini adalah untuk cash kan cek yang diterima tadi...

Kat sini Akiff memang thorbaek... abah bagi 10 bintang... bebudak lain aku nampak tak beratur pun... menonong jer ke kaunter... siap lalu bawah tali merah tu... tapi Akiff siap jalan ikut laluan zig zag tali merah tu... sampai hujung die tunggu jer petugas kaunter tu panggil baru die ke kaunter... wakaka... bijak bijak... kagum kejap aku... hahaha...

Cash matawang KidZos

Okeh nanti sambung baca next entry okeh... aku akan tunjukkan dunia sebenar kanak-kanak dalam KidZania ni... satu bandar yang lengkap untuk dunia diorang.... parents hanya boleh diibaratkan sebagai unggas yang bersepah-sepah di tepi jalan jer... gitew... hahaha... ok tunggu next entry...






Labels: , , , ,