KidZania Kuala Lumpur - Akiff Jadi Penyelidik Vitamin di Makmal PharmaNiaga

KidZania Kuala Lumpur Rai Ulangtahun Ke-3 (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Dunia Sebenar Kanak-kanak Part 1 (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Dunia Sebenar Kanak-kanak Part 2 (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Jadi Penyelidik Vitamin di Makmal PharmaNiaga (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Di Emergency Room KPJ Specialist Hospital (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Jaga Baby Di KPJ Specialist Hospital (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akhirnya Akiff Berjaya Jadi Doktor (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Kerja Sebagai Pump Attendant Di Stesen Minyak (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Painting School (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Pengalaman Sebagai Profesional Photographer (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Batik Painting Aktiviti Untuk Semua Termasuk Parents (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Buat Air Vitagen Sendiri (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Kejer Di Restoran Marryborwn Boleh Makan Burger (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Buat Ais Krim Segera (klik)




Kali ni story aku semuanya pasal aktiviti yang Akiff buat kat sana... ada 11 aktiviti atau pekerjaan yang sempat Akiff buat...  

Okeh... bile dah masuk dalam sana kitorang ronda-ronda jer dulu dalam tu... ushar pekerjaan apa yang ada dan sesuai untuk Akiff... pekerjaan popular kat sana adalah Bomba dan juga di Ais Asia... kalau anak korang jenis penyabar nak tunggu turn ok laa... sebab masa menunggu boleh mencecah lebih 1 jam...


Pekerjaan pertama yang Akiff buat kat KidZania adalah sebagai penyelidik vitamin di makmal PharmaNiaga... masa tu tengok tak ramai sangat orang yang beratur... So, jom try yang ni...

Diorang kena beratur dalam petak yang disediakan tu... macam dalam gambar atas ni...

Sebelum nak buat apa-apa aktiviti, korang kena chek dulu notice ni kat tempat tu... macam aktiviti Vitamin Researcher ni ade tulis duration kena tunggu dalam 30 minit... itu pun kalau sempat beratur dalam petak tu.. kalau tak sempat mungkin lepas 2 sesi baru boleh masuk... haaaa... kira la sendiri anggaran masa menunggu tu...

Yang kapasiti 6 kids tu pulak adalah bilangan kids yang boleh masuk dalam setiap sesi aktiviti... tapi kalau ramai sangat macam kitorang pegi hari tu diorang bagi extra kids yang masuk... ade 9 orang masa Akiff hari tu... 

Anggaran umur kanak-kanak yang dibenarkan joint aktiviti juga ada tulis kat notice tu... diorang tak chek pun umur masa nak masuk tu... sendiri agak la anak korang sesuai ke tak buat aktiviti tu...

Yang economy tu pulak adalah gaji yang diorang akan terima... korang tengok betul-betul sama ada tanda tambah (+) atau tolak (-) dekat rate KidZos tu... kalau tambah maksudnyer diorang akan terima gaji... kalau tolak maksudnyer diorang kena bayar untuk buat aktiviti tu... Haaa... jangan ingat semua aktiviti dapat gaji... ada yang kite kena bayar... nanti aku bagi contoh aktiviti yang kena bayar... untuk pekerjaan penyelidik ni Akiff akan terima 8 KidZos macam yang tertulis kat notis tu...

Sementara tunggu penyelidik kat dalam makmal tu keluar... diorang yang menunggu kat luar ni diberi glove dengan cover kepala untuk dipakai... Jimat la sikit masa... takda la kat dalam tu baru nak pakai semua... lagi lambat jadinya nanti...

Ni Akiff baru masuk dalam... tengah tunggu turn pakai uniform...

Ni pulak tengah dengar taklimat... kena campur sebuk itu ini.. lepas tu letak air itu ini...

Lepas tu bergerak ke mesin pulak tengok proses seterusnya...

Akhir sekali sebelum keluar dapat la gaji... hahaha... comel jer tengok diorang beratur nak ambik gaji... masa ni diorang semue siap dapat vitamin sorang sebungkus...

Yang mana tak faham KidZos tu apa, korang kena baca dulu entry aku yang sebelum-sebelum ni...


Labels: , , , ,