KidZania Kuala Lumpur Rai Ulangtahun Ke-3

KidZania Kuala Lumpur Rai Ulangtahun Ke-3 (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Dunia Sebenar Kanak-kanak Part 1 (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Dunia Sebenar Kanak-kanak Part 2 (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Jadi Penyelidik Vitamin di Makmal PharmaNiaga (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Di Emergency Room KPJ Specialist Hospital (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Jaga Baby Di KPJ Specialist Hospital (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akhirnya Akiff Berjaya Jadi Doktor (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Kerja Sebagai Pump Attendant Di Stesen Minyak (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Painting School (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Pengalaman Sebagai Profesional Photographer (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Batik Painting Aktiviti Untuk Semua Termasuk Parents (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Buat Air Vitagen Sendiri (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Kejer Di Restoran Marryborwn Boleh Makan Burger (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Buat Ais Krim Segera (klik)


KidZania Kuala Lumpur kini berusia 3 tahun pada tahun ini... sejak dibuka pada 27 Februari 2012, ini adalah pengalaman pertama aku dan family merasai dunia kanak-kanak yang sangat mengujakan...

Sempena sambutan ulang tahun KidZania Kuala Lumpur kali ini... pihak KidZania telah menyediakan pelbagai hadiah dan program menarik kepada pengunjung yang hadir antaranya tiket masuk percuma kepada 100 pengunjung pertama...

Selain itu KidZania juga mengagihkan 300 party packs pada jam 3 petang kepada kanak-kanak yang bertuah. Sambutan juga turut dimeriahkan dengan persembahan musical bands , nyanyian, lawak dari badut dan juga tarian singa akrobatik...

Cantik kan kek anniversary KidZania
Sorry gambar blur sebab ramai sangat bersesak... Grrr...
Upacara potong kek ulangtahun disempurnakan oleh Yang Mulia Tunku Dato' Ahmad Burhanuddin iaitu Managing Director and Chief Executive Officer of Themed Attractions and Resorts Sdn Bhd... Governor of KidZania Malaysia and Singapore, Susanah Abdul Rani serta Shahrul Nizar Ahmad iaitu Mayor of KidZania Kuala Lumpur...

Pada majlis tersebut juga dilancarkan secara rasminya CitiZens Pazzport... hanya perlu daftar sekali jer untuk menjadi ahli B.KidZanian dan keahlian ini akan kekal sehingga kanak-kanak berusia 17 tahun... perghhh... kalau Akiff daftar tahun ni maksudnya pazzport dia tu aktif sehingga 13 tahun lagi... fuhhh... banyak benefit yang akan dapat bila mendaftar sebagai B.KidZanian ni... pendaftaran hanya dikenakan bayaran RM30 sahaja...


Antara aktiviti lain yang ada pada hari tu adalah tarian singa akrobatik... ni 1st time aku tengok tarian singa akrobatik live depan mata... sebelum ni pernah tengok kat TV jer... kalau live pun jenis yang menari kat bawah jer... tapi yang ni siap melompat-lompat atas tiang... memang tarian singa ni antara persembahan yang menarik perhatian pada hari tu... Errr... Comel pulak tengok singa colur pink ni... wakaka...

Tema sambutan ulangtahun KidZania Kuala Lumpur pada kali ni adalah "Three Times The Fun!"

Macam biasa... gambar aku hanya disebalik tabir... wakaka...
Terima kasih KidZania Kuala Lumpur sebab bagi peluang kami sekeluarga sama-sama merasai kemeriahan sambutan 3rd Anniversary hari tu... memang pengalaman yang sangat menarik...

Next entry aku akan cerita pengalaman kami sepanjang di dalam KidZania tu... sungguh sungguh sungguh buat aku teruja... tak sabar nak share story kitorang hari tu... banyak jugak gambar-gambar menarik yang aku dapat... hehehe... tunggu k....


Info lanjut :
www.KidZania.com.my
www.facebook.com/KidZaniaKualaLumpur
www.twitter.com/KidZaniaKL
CareLine : 1 300 88 5439

Labels: , ,