KidZania Kuala Lumpur - Dunia Sebenar Kanak-kanak Part 2

KidZania Kuala Lumpur Rai Ulangtahun Ke-3 (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Dunia Sebenar Kanak-kanak Part 1 (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Dunia Sebenar Kanak-kanak Part 2 (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Jadi Penyelidik Vitamin di Makmal PharmaNiaga (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Di Emergency Room KPJ Specialist Hospital (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Jaga Baby Di KPJ Specialist Hospital (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akhirnya Akiff Berjaya Jadi Doktor (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Kerja Sebagai Pump Attendant Di Stesen Minyak (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Painting School (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Pengalaman Sebagai Profesional Photographer (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Batik Painting Aktiviti Untuk Semua Termasuk Parents (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Buat Air Vitagen Sendiri (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Kejer Di Restoran Marryborwn Boleh Makan Burger (klik)
KidZania Kuala Lumpur - Akiff Buat Ais Krim Segera (klik)


Untuk cerita KidZania ni aku terpaksa buat episod by episod sebab banyak gambar yang aku nak share... lagi pun takmo la sumbat semua sekali gus... kang tak faham kepala ekor pulak cerita yang aku nak kongsi ni...

Okeh jom aku tunjukkan suasana kat dalam KidZania ni... Bila dah melangkah masuk dalam KidZania ni korang diibaratkan melangkah masuk ke sebuah bandar kecil yang serba lengkap... bandar yang semua pekerjanya adalah kanak-kanak... suasana dalam bandar tu sangat happening dan meriah...

Dalam bandar tu ada bank, kedai runcit, kedai makan, stesen minyak, balai bomba, balai polis, klinik, hospital, pejabat pos, mahkamah, kilang-kilang, airport, kedai telefon, stesen TV, stesen radio dan banyaaaaaaak lagi...

Nampak kan gambaran bandar KidZania ni macam mana... tapi dalam gambar aku kat atas ni kelihatan bandar KidZania yang agak lengang kann... hakikatnya bandar KidZania tersangat lah sesak... gambar atas ni aku ambik masa nak balik... KidZania dah nak tutup time ni... sebab tu nampak lengang...


Kat dalam ni nanti korang akan nampak ada kereta bomba bergegas ke lokasi kebakaran... korang akan nampak posmen cilik berkeliaran hantar barang jugak... ada jugak pekerja TNB yang sebok dok repair lampu...


Masa yang sama jugak akan nampak photografer comel dok sebok ambik gambar... lepas tu jalan lagi korang akan nampak kanak-kanak dok panjat bangunan untuk cuci tingkap... ade nampak stesen minyak BHP yang mana attenden pam die tu budak comel... penjaga tol pun ada...


Singgah pulak kat klinik gigi, korang akan nampak sorang pesakit dengan 5 orang doktor comel dok belek gigi pesakit... hahaha... lepas tu nak makan pergi marrybrown akan nampak pekerja cilik dok bungkus burger...

Hah... lepas tu pergi kedai baju poney nampak pulak kanak-kanak dok bergaya atas stage memperagakan koleksi baju baru... jadi model!

Bila tinjau kat Hospital KPJ pulak korang akan nampak nurse comel dok layan pesakit... pakar bedah semue yang kecik molek...

Hahaha... itu belum cerite yang dekat kilang coklat, kilang vitagen, makmal pharmacy, kilang ais krim, kedai runcit semue, media prima semua tuuu...

Tapi satu yang korang kena tahu... semue tu hanya boleh dilakukan oleh kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 17 tahun sahaja... mak bapak sila perhati dari jauh... sebab parents tak dibenarkan bersama-sama dengan anak untuk aktiviti pekerjaan diorang... boleh tengok dari luar pintu jer...

Kalau anak jadi doktor, parents boleh tengok dari luar klinik jer... kalau anak kejer marrybrown, parents sila lepak luar premis... kalau anak jadi bomba, parents sila perhati dari jauh...

Tapi jangan risau sebab banyak jer port lepak... parents boleh lepak dan bersantai sambil layan internet sebab wifi free disediakan kat dalam ni.. 

Tapi kalau nak lepak tempat yang ade kerlasssss sikit boleh cari Plaza Premium Lounge ni... 

Ni suasana sebenar waktu puncak... memang sesak dengan manusia... parents mampu memerhati dari luar premis jer sementara si anak kat dalam tengah buat kejer...

Bagi aku KidZania ni memang tempat yang dibina khas untuk mereka yang berusia 4 tahun ke atas... yang bawah 4 tahun tu, ini bukan tempat diorang...

Okeh... next entri aku akan ceritakan pulak pekerjaan yang Akiff sempat buat kat sana... macam mana proses kerja tu dibuat dan berapa gaji die dapat...


Labels: , , , ,