Drama bersiri SELUDUP bermula 4 Disember 2014

SELUDUP
Setiap Khamis bermula 4 Disember 2014 jam 9.30 malam di Astro Prima (Chanel 105)...
Ulangan pada setiap Sabtu jam 6.00 petang di Astro Maya HD (Chanel 135)...

Weh... korang ingat lagi tak pasal drama SELUDUP yang pernah aku tulis dalam blog ni dulu... yang diorang ade buat contest untuk cari pelakon extra tu... Aku pernah tulis pasal contest drama tu haa... baca sini... Kalau la aku menang contest tu kompom tengah neves sekarang ni tunggu tayangan drama ni start... hahaha... nasib baik tak menang... Ngeee...

Akhirnya drama bersiri SELUDUP akan mula ditayangkan di saluran Astro bermula 4 Disember ini... drama yang berkonsepkan aksi dan romantik ni dikuatkan dengan barisan pelakon hebat seperti Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Jehan Miskin, Nam Ron, Raja Ilya, Syafie Naswip dan ramai lagi pelakon-pelakon hebat yang lain...

Cerita SELUDUP ni mengisahkan Amran (Pekin) yang merupakan nelayan dan usahawan berjaya di sebuah perkampungan nelayan... Amran mengesan terdapat aktiviti penyeludupan rokok, minuman keras dan manusia yang menggunakan bot-bot nelayan di kampungnya yang telah diupah oleh sekumpulan penyeludup diketuai oleh Tam (Nam Ron) dan dibantu oleh adiknya Rina (Raja Ilya)... Amran tekad nak banteras aktiviti penyeludupan ni sebelum lebih ramai lagi penduduk kampung yang terlibat... banyak aksi dalam drama ni dan kisah percintaan antara Amran dan Yasmin (Tiz Zaqyah) buatkan drama ni lebih menarik...

Baru-baru ni aku sempat la joint Tayangan Perdana drama SELUDUP ni bersama barisan pelakon diorang... dapat la tengok 2 episod awal... memang best wehhh... tapi aksi belum banyak lagi... tapi geram pulak tengok Pekin dengan Tiz manja-manja dalam drama tu... Grrrr... tak sabar tunggu next next episod...

Bagi aku drama SELUDUP ni memang terbaek sebab selain memaparkan aksi dan kisah percintaan romantik... ade mesej yang jelas disampaikan melalui drama ni iaitu pasal penyeludupan yang mungkin selama ni kite tak sedar makin menjadi tak terkawal dalam negara kite... Tahniah Jehan Miskin iaitu selaku pelakon, penerbit dan juga pengarah drama ni sebab nampak effort team diorang dalam menghasilkan drama yang ada mesej berat macam ni... nampak la yang diorang memang study dan buat research dulu pasal penyeludupan ni sebelum dapat menghasilkan drama macam ni...

So, Meh layan gambar yang sempat aku ambik sekitar Tayangan Perdana Drama Bersiri Seludup hari tuuu...

Barisan watak utama... Aizat pulak penyanyi utk OST drama ni...

Bebudak Kelab Blogger Ben Ashaari... 

Kalau korang perasan ada Pekin kat seat atas sana... tp sorry la ehh gambar teruk sebab dalam hall gelap... jenuh nak edit nak bagi nampak muke... hahaha...

TQ Tiz sebab sudi tengok wayang dengan ai... Ehhhhh... Hahaha...

Tahniah Astro dan Mastermind Group Sdn. Bhd. kerana berjaya hasilkan drama berkualiti macam ni... lepas ni nak banyak lagi drama best best macam ni k... hehehe...



Facebook : Seludup
Instagram : @seludup
www.mastermindgroup.com.my




Labels: ,