Seludup - Ujibakat Drama

SELUDUP adalah drama bersiri baru yang akan mula ditayangkan pada Disember 2014 nnti dan dijangka akan hit sbb drama ini berkonsepkan aksi & romantik... Hah? agak2 mcm mana la crita yg berkonsepkan mcm ni kan... jarang2 dpt tgk genre mcm ni...

Drama bersiri SELUDUP ni adalah arahan Jehan Miskin yg akan mengetengahkan isu penyeludupan dlm masyarakat kita ni melalui lakonan pelakon2 hebat seperti Tiz Zaqyah, Pekin Ibrahim, Namron, Raja Ilya, Syafie Naswip dan juga pengarahnya sendiri iaitu Jehan Miskin... kerlassss kan pelakon2 dia...


Perasan tak korang, penjualan dan pembelian barang tiruan dalam masyarakat kita dah jadi perkara biasa dah... nak dpt brg2 tiruan kat mana2 jer boleh dpt... sikit pun takde rasa bersalah bila beli barang tiruan... tahu tak korang yg barang2 tiruan tu pun sbnrnya barang2 yg diseludup masuk utk dijual secara terbuka... dan faktor ekonomi menyebabkan barang2 tiruan menjadi pilihan sbb ia murah dan hampir sama dengan barangan original...

Tapi sebenarnya kita tak sedar yang kita selama ni dok support aktiviti penyeludupan yang memberikan impak kepada ekonomi negara dan paling kita tak sedar adalah kita sebenarnya sedang menyokong aktiviti kongsi gelap... secara tak langsung ia menyumbang kepada banyaaaaaaak gejala tak bermoral yg dibawa oleh kumpulan kongsi gelap ni...

Itulah sebabnya drama bersiri SELUDUP ini diterbitkan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat kita tentang aktiviti penyeludupan ini khususnya penyeludupan rokok dari peringkat penyeludupan sehingga ke peringkat penjualan serta kesan negatifnya terhadap individu dan masyarakat...

Seludup menceritakan kisah sebuah keluarga dan komuniti yang rosak akibat gejala menyokong barang seludup. Watak2 yang dibawa dalam drama bersiri ini akan memberikan impak dan kesan kepada penonton yang selama ini tanpa kita sedar kita menyumbang kepada pelbagai masalah dalam masyarakat. 

See... aku dah nampak dah yang drama bersiri ni akan melethop kat Astro nnti... Haaa... korang kalau minat nak jadi salah sorang pelakon dalam drama ni boleh cuba online casting ni...

(Klik gambar untuk menyertai ujibakat)

Aku pun ade gak suke2 hantar video ujibakat ni... wakaka... sajer try sbb tak susah pun nak joint ujibakat ni... skrip smue dah disediakan... juz lakonkan balik ikut skrip yg diberikan... rakam dan upload kat page FB Seludup... mana tau ade rezeki dapat hadiah RM15,000... perghhhh....


Aku malu nak tunjuk contoh video aku sendiri... ni aku tunjuk gambar sebagai bukti aku dah joint ujibakat ni... kehkehkeh... tapi kalau nak tgk gak video aku tu pandai2 la cari kat Galeri Video Penyertaan(klik)...

Ni penyertaan dari blogger Ujang... terserlah perut lu yg macho tu bro... kahkahkah...


Like Page Seludup  
Follow Instagram : http://instagram.com/seludup
Youtube : http://www.youtube.com/user/SELUDUP



Labels: , ,