Pemenang Ujibakat Online Drama Seludup

Ingat lagi tak entry aku hari tu yg aku citer pasal ujibakat online drama SELUDUP yg aku sendiri pun ade joint ujibakat tu..... pemenang dpt peluang berlakon dan cash RM15,000... klik sini utk baca entry tersebut...


Keputusan pemenang ujibakat ni dah pun diumumkan.... Tahniah kepada Mohd Andika Bin Abdul Halim dan Nur Afiqah Binti Zulkarnain... mude2 lagi diorang ni... Andika baru 25 tahun... Afiqah 20 tahun... peluang besar menanti diorang dlm industri lakonan ni... bagi aku RM15,000 tu juz ekadar bonus tp hadiah terbesar adalah peluang utk terjun dlm dunia lakonan tu sbnrnya... tak sabar nak tgk bakat diorang dlm drama SELUDUP nnti disamping nama2 besar mcm Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Raja Ilya, Jehan Miskin dan ramai lagi...


Drama SELUDUP ni dilancarkan oleh Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn. Bhd., drama sarat aksi dan cinta ini berkisar tentang kegiatan perdagangan barangan haram seperti rokok seludup, dadah dan pemerdagangan manusia yang menjejaskan pendapata, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat Malaysia. Produksi ini telah memilih daerah Pantai Pengkalan Balak di Masjid Tanah, Melaka sebagai lokasi penggambaran dan kini di dalam fasa kedua penggambaran.

Pencarian bakat baru ini telah bermula sejak 25 Jun 2014 dan lebih 300 penyertaan telah diterima dan akhirnya Andika dan Afiqah telah dipilih diantara yg terbaik oleh pihak juri. Menurut Jehan Miskin, Andika dan Afiqah akan diberikan watak sampingan di dalam drama SELUDUP ini berdasarkan karektor yg sesuai dgn mereka.

Mohd Andika merupakan seorang pekerja restoran berkata "saya amat berterima kasih kepada juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya".

Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afizah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.

Nak ikuti perkembangan drama SELUDUP ni atau nak tahu lebih lanjut boleh layari Facebook Seludup (klik)

Tak sabar pulak nak tunggu drama SELUDUP 13 episod yang diarahkan oleh Jehan Miskin ni yg turut bertindak sebagai Penerbit Eksekutif.


Mengenai Mastermind Group Sdn. Bhd.

Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin. Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my
 
Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | Mohd.Nizam@geometry.com
Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125 | amy.lisa@geometry.com





Labels: ,