Cubaan Cipta Rekod Baru di Legoland Malaysia Sempena Tahun Baru Cina 2015

Macam yang pernah aku story dalam blog ni dulu (Entri : Legoland Malaysia Ada Sesuatu Sempena Tahun Baru Cina 2015) dimana Legoland Malaysia sedang meraikan pengunjung mereka dengan tema Tahun Baru Cina sepanjang bulan Februari ini...


Baru-baru ni majlis pelancaran telah diadakan di Legoland Theme Park... semasa majlis tersebut mereka ada menunjukkan bagaimana para pengunjung di Legoland Malaysia boleh melibatkan diri dalam usaha untuk menempa nama dalam Malaysia'a Book Of Record iaitu bilangan Lego Limau Mandarin paling banyak dihasilkan oleh pengunjung Legoland... para pengunjung yang ke sana sehingga 22 Februari ini berpeluang untuk mencipta limau mandarin sendiri... 


Haaa... ada jugak tarikan baru di China Miniland sempena festival kali ni... wajib tu kena tengok apa yang ada kat sana... bagi aku miniland kat dalam Legoland Malaysia ni memang daya tarikan utama kat situ sebab hasil kreativiti diorang memang sangat luar biasa... dengan hanya brick lego diorang boleh hasilkan sesuatu yang sangat menarik...


Selain tu, pengunjung juga boleh mengabadikan hasrat mereka di dalam 1 kad ucapan dan hasrat tersebut akan digantung pada pokok yang berada di bahagian pintu masuk ke Theme Park... satu hasrat pengunjung bertuah akan ditunaikan oleh pihak Legoland...


Bukan itu jer, ada jugak promosi lain sempena Chinese New Year kali ni seperti penjimatan memperbaharui pas tahunan dan macam-macam lagi... untuk info lanjut korang boleh terus ke Kaunter Tiket di Legoland Malaysia atau layari www.legoland.my

Labels: ,