Legoland Malaysia ada sesuatu sempena Tahun Baru Cina 2015

Tahun Baru China dah makin dekat dah... macam biasa kalau pergi mall atau mana-mana tempat memang akan terasa kemeriahan... bukan Chinese New Year jer... apa-apa perayaan pun kalau kat Malaysia ni memang semua bangsa akan terasa kemeriahan sambutan tu...

Legoland Malaysia juga tak ketinggalan meraikan sambutan Tahun Baru China tahun ni... diorang ada buat ubahsuai something kat Miniland China dalam Legoland Themepark tu... kalau yang belum baca entry Legoland aku boleh klik sini dulu untuk baca kesemua 9 entry review percutian aku sekeluarga ke Legoland Malaysia... banyak detail dan info menarik ada aku kongsikan...

Sebelum tu meh aku ulang tayang dulu gambar Miniland China yang aku sendiri snap masa aku melawat Legoland bulan 11 hari tu...


Tapi sekarang diorang ade buat penambahan sikit kat Miniland China tu bersempena Tahun Baru China kali ni...

Perhhh... tekun brother ni menyiapkan Miniland China ni... hari tu masa aku g sana takda pun naga ni... ada naga lain macam gambar aku kat atas tu jer...

Detail giler nak buat mendalah ni...


Selain penambahbaikan kat Miniland China ni... sepanjang bulan Februari 2015 ni jugak, semua pengunjung berpeluang mencipta limau mandarin daripada brick Lego berdasarkan kreativiti dan imaginasi masing-masing... wow.. menarik!

Hasil kreativiti limau mandarin Lego semua tu akan dikumpulkan dan direkodkan sebagai Limau Mandarin Lego terbanyak dihasilkan... fuuuuuhhh....

Selain tu, ada aktiviti lain juga disediakan sepanjang Februari ini iaitu tarian singa dan tarian naga serta pengunjung berpeluang membuat kad ucapan dan menulis hasrat di dalam kad ucapan tersebut... semua kad ucapan akan dipamerkan di bahagian depan Legoland Themepark... 1 kad ucapan yang bertuah akan dipilih dan ditunaikan oleh pihak Legoland Malaysia... Fuhhhh... terbaek!


Labels: , , ,