1st Target List 2012 - Vending Machine Dr. Sukida

Alhamdulillah... gua happy sangat bile salah satu target 2012 gua dah tercapai... kalau korang tengok list kat kanan blog ni (bawah Facbook badge)... gua ada senaraikan 5 perkara utama yang menjadi sasaran gua sepanjang 2012 dan bermula Januari lagi gua berusaha untuk memenuhi kehendak peribadi gua ni...
Haa... nampak mesin kat atas ni... Alhamdulillah... syukur sangat sebab 1 Februari 2012 akhirnya satu mesin ni dah jadi milik gua...
Nampak gambar atas ni... orang Dr. Sukida tengah sibuk buat wiring...
Lepas siap wiring buat pulak piping untuk mesin gua ni...
Haaa... tudia mesin gua... depan kedai My 99 Shop... nampak pak security depan mesin gua tu... tengah pantau team Dr. Sukida buat kerja... tak nak nanti timbul masalah kat pengguna kaki lima atau kedai-kedai sebelah pulak...
Akhirnya mesin gua siap dipasang dah sedia berfungsi 24 jam sehari... satu kemudahan untuk penduduk sekitar sini untuk dapatkan bekalan air bersih dan sihat... insyaAllah dalam masa terdekat gua akan buat promosi untuk bagi air percuma kepada penduduk setempat...
Ehhh... lupe pulak nak bagi butiran lokasi mesin gua ni... untuk penduduk sekitar Taman Tun Perak memang sangat senang nak nampak mesin gua ni... sebab lokasi mesin gua ni adalah kat Persiaran Tun Perak, Cheras, Kuala Lumpur... depan kedai Serbaneka My 99 Shop... bertentang dengan surau tun perak dan sekolah agama yang dalam pembinaan...
Sebelah kanan adalah kedai 99 Speedmart...
Sebelah kiri pulak adalah pasaraya MyMydin... memang kawasan tumpuan kat sini...

Bukan mudah gua nak dapat lokasi ni... 1st gua try propose kat MyMydin tapi diorang reject... kemudian gua try kat My 99 Shop... pun kena reject... then gua try pulak kat 99 Speedmart... puuunnn kena reject... huhhuhu... gua down sikit nak cari lokasi sebab 3 kali kena reject...

Satu malam gua jalan-jalan ushar kedai lain sekitar situ... tup tup terserempak pulak dengan manager My 99 Shop yang reject gua tu... die panggil gua lepak minum kat mamak area situ... walaupun masa tu Akiff dengan wife tengah tunggu dalam kereta tapi gua pegi jugak lepak kejap... borak-borak pasal proposal gua tu... die kate top management diorang tak setuju... bukan sebab die tak nak menyemak mesin tu depan kedai die... tapi die kate nanti die try bincang skali lagi dengan top management die...

Alhamdulillah lepas tu manager tu call kata top management setuju pulak... horeyyy... happy giler masa tu... lepas tu gua jumpe top management die untuk bincang pasal sewa tapak, deposit dan syarat-syarat lain... akhirnya persetujuan dicapai...

Dan... gua turut dioffer oleh diorang untuk letak mesin ni kat semua cawangan My 99 Shop... sekarang diorang ada 12 cawangan diseluruh KL dan Selangor dan akan bertambah beberapa cawangan lagi tahun ni... InsyaAllah sekarang gua pasang target baru pulak iaitu nak ada 5 vending mesin Dr. Sukida sebelum menjelang tahun 2013... Doakan gua berjaya ok...

Dan satu lagi... bersempena pembukaan vending mesin gua yang pertama ni... gua nak buat tawaran khas... kepada yang berminat nak dapatkan set filter Dr. Sukida yang kat rumah punyer macam gambar kat bawah ni... boleh personally contact gua... ada harga istimewa yang gua tawarkan... harga asal RM1,980...
Tapi harga yang gua offer tak boleh nak maklum kat sini okeh... hanya 1 set filter sahaja gua offer...

Labels: ,