Jus Annona Durian Belanda, 'pain-killer' semulajadi..

Dah 4 tahun aku stop bersukan.. Sebelum ni aku main badminton seminggu 2 kali... Sampai la tragedi aku jatuh masa main badminton tahun 2012 terus dah tak boleh bersukan sampai sekarang... Nak kata tak boleh langsung tu idokkk la tapi nak lasak tu memang tak boleh dah... Kalau lasak jer mesti lutut bengkak pastu terasa sakit kat situ...

Tapi sekali sekala aku gak main badminton untuk lepas gian cuma kena tahan sakit sikit la kat bahagian lutut tu... Tapi biasanya kalau aku cakap kat Miss Permaisuri nak main badminton memang die larang sebab nanti bile aku sakit die gak susah... Hehehe...

Biasanya aku jaraaaang sangat makan ubat tahan sakit sebab aku takut nanti badan aku terlalu bergantung kat ubat tu...  Jadi kalau sakit memang aku bertahan sendiri jer... Sama ada aku letak ice pack atau sapu minyak jer... 

Haaa... Bulan ni aku ada program bersama Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Negara... Ada beberapa aktiviti lasak nak kena buat... Risau jugak dengan keadaan lutut aku ni... Huhuhu... Sebagai langkah persediaan aku baru try Jus Annona Durian Belanda yang disyorkan oleh Ben Ashaari... Kesan dia belum dapat aku share lagi tapi InsyaAllah nanti aku akan bagi feedback tu kemudian...


Yang buatkan aku nak try Jus Annona Durian Belanda ni adalah lepas aku baca pasal hasil penyelidikan Prof. Madya Dr. Roslida Bt. Abd Hamid iaitu pakar penyelidik dan pensyarah dari Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan UPM yang mengatakan bahawa durian belanda dapat merencatkan aktiviti inflamasi atau pun radang sendi... Secara langsung ianya bersifat penahan sakit semulajadi... Haaaa.. Ni peluang aku nak aktif bersukan balik ni... Hehehe...

Korang kalau sakit sendi ke... Terseliuh ke... Sakit badan lepas beraktiviti lasak ke... Biasanya buat macam mana nak hilangkan sakit tu? Biasenyer kite pergi farmasi pastu beli ubat tahan sakit... 

Biasanya kalau telan ubat tahan sakit pun, tindak balas tu kejap jer... Habis kesan die terasa la sakit balik tapi kalau khasiat dari durian belanda ni ia memberikan kelegaan berpanjangan sebab tahap sensitif saraf dapat dikurangkan... 

So, korang jangan biasakan diri dengan pil tahan sakit sebabnya pil tu akan bagi kesan tak elok balik pada badan kita nanti... Dan lagi satu takut lama-lama badan kita terlalu bergantung kat ubat tu...


Nak dapatkan khasiat 'pain-killer' semulajadi dari durian belanda ikut jer macam aku ni... Amalkan Jus Annona Durian Belanda... Tak payah nak bancuh bagai... Koyak jer sachet pastu telan... Senang nak bawak ke mana-mana... Kalau nak yang dalam botol pun ade... same gak... takyah nak bancuh...

Lebih meyakinkan lagi sebab Jus Annona ni telah disahkan HALAL oleh JAKIM dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)...

Untuk info lanjut korang kena selidik sendiri dalam wesbiste Jus Annona sebab segala informasi, testimoni dan manfaat buah durian belanda ni ada dikongsikan di sana...

Laman web : Jus Annona Official (klik)
Facebook : Annona Official (klik)
Annona Careline : 016-4497181

Labels: , ,