English Mania di Legoland... Guru adalah PERCUMA

Tahun ni Miss Permaisuri aku agak sibuk dengan hal-hal sekolah die... nak kena urus macam-macam program untuk student... Akhir tahun hari tu lagi die dok survey lokasi untuk rombongan student... Macam-macam tempat yang die citer kat aku... Antara tempat yang termasuk dalam list rombongan die adalah Legoland Malaysia...

Kitorang dah 3 kali pegi Legoland Malaysia... serius cakap tempat ni tak pernah membosankan... ade jer bende baru yang diperkenalkan... sebab tu Miss Permaisuri cadangkan kat sekolah die untuk masukkan Legoland sebagai salah satu tempat untuk rombongan sekolah tahun ni...

Hari tu die mintak tolong aku tanyakan Legoland kalau ada special pakej untuk student... Dan kebetulan masa tu  Legoland Malaysia baru lancarkan program terbaru untuk guru-guru dan murid-murid sekolah iaitu English Mania yang mendapat sokongan dan kerjasama dari Kementerian Pendidikan Malaysia...


Program ni direka bukan untuk pelajar semata-mata tapi juga untuk guru sekolah... Englih Mania bertujuan mengubah Legoland Malaysia Resort sebagai outdoor classroom dimana ia menyediakan platform pembelajaran yang menyeronokkan untuk pelajar belajar bahasa Inggeris dengan menggabungkan elemen keseronokan dan pengembaraan... Fuhhh... Mesti student suka dan teruja...

Dan yang menariknya pasal program ni adalah guru-guru dapat masuk ke taman tema Legoland secara percuma...  Hoyeahhh...

Program khas ini bermula 15 Februari 2016 sehingga 31 Mac 2016 sahaja...  Jadi kalau ada sekolah yang berminat untuk buat lawatan ke Legoland Malaysia, masa ni adalah yang paling sesuai...

Boleh masuk ke website rasmi Legoland Malaysia www.legoland.com.my dan  download booking form yang ada kat dalam tu... Lengkapkan form dan emailkan terus kepada sheila.shamsuddin@legoland.my atau shahbudin.wong@legoland.my dan hubungi diorang sendiri untuk dapatkan detail tentang program ni...



Labels: ,