Meneroka lukisan dinding sekitar Bandar Ipoh

Kisah Percutian Hipster aku dah tergendala sikit ni... hohoho... nak kena ambik mood sambung balik story... Yang terlepas baca story percutian hipster aku sebelum ni boleh klik sini dan baca balik semuaaaaa entry ok...

Wall painting Ipoh ni aku cari sebelum aku betolak balik dari Ipoh... gigih aku google dan dapatkan info setiap lokasi mural ni... Sekali sekala bercuti buat aktiviti mencari macam ni best jugak...

Gambar ketika muda dan gambaran ketika tua... hahaha...

Mural budak naik kapal terbang kertas ni tak jauh dari mural orang tua old town tadi...

Nampak real kan painting kopi o ais tergantung ni... lokasi wall painting ni jauh sikit dari lukisan orang tua dengan kapal terbang kertas tadi tu...

Paling aku kecewa adalah lukisan burung ni haaa... kalau ikutkan sumber dari google, sebelum ni ada pokok rendang kat situ dan burung tu kononnya nak hinggap kat pokok tu... tapi nampaknya pokok tu dah kena tebang... huhuhu...

Gambar jalan bijih timah tapi tak jelas sangat.. makin lusuh dan usang lukisan ni..

Ni antara painting aku aku sesat barat dok mencari.. rupenyer ade kat belakang cafe hipster Happy 8 Retreat Cafe yang aku pegi sehari sebelum tu...

Huh... gambar ade lindung jari la pulak... nak cerewet tak boleh sebab orang nak tolong ambikkan gambar pun dah cukup bagus dah kannn... hehehe...

Ni ade lagi 1 gambar mural yang dah rosak... sepatutnya gambar budak tu berdiri atas kerusi plastik dan cuba ambik sangkar burung tu... tapi kerusi plastik tempat die pijak tu dah hilang dah... nampak budak ni jer terapung... huhuhu...

Ni kopi o ais sape dok tergantung kat sini ni.. kehkehkeh...

Kalau di ikutkan map Art of Oldtown yang ada kat Ipoh ni, ada 8 wall painting sekitar bandar Ipoh dan aku berjaya jumpa kesemua wall painting tu...

Malah aku jumpe painting lain yang takde dalam list...

Yang ni sebenarnya painting depan cafe ape ntah...

Ini pun kebetulan jumpe...

Nah map untuk korang refer.. sumber dari google.. tak ingat dah mana aku cilok gambar ni...

Ni aku nak share sikit tips untuk korang yang nak mencari wall painting mural kat Bandaraya Ipoh ni... kebanyakan mural ni adalah walking distance kecuali painting orang tua dengan kapal terbang kertas tu... Yang tu jer yang terletak jauh sikit... Yang lain semue berdekatan jer...

Korang boleh parking keter dekat parking area depan lukisan burung dan dari situ korang juz jalan kaki jer cari lain-lain painting sekitar situ... area situ memang banyak tarikan untuk pelancong termasuk art museum...

Nanti aku buat entry pasal art muzium kat Ipoh ni pulak k... 


Labels: , , , ,