Katerer Felda D'Saji di Kajang Perdana Avenue sedia kemudahan lengkap

Baru jer borak dengan member pasal wedding adik die baru-baru ni... Katanya katerer yang dia bayar tu buat hal... Tetamu dah datang tapi makanan belum ready... Kemuncak paling tak tahan bila pengantin dah sampai tapi hidangan meja makan beradab pengantin belum siap... Perghhhhh.... Sakit hati jugak bila dengar cerita dia...

Sebab tu orang kata alang-alang nak pakai katering, baik cari yang pakej sekali dengan dewan... Semua dah disediakan... Ko takyah nak risau khemah belum pasang atau makanan belum sampai sebab segalanya dah ada kat tempat tu...



Kajang Perdana Avenue ni antara lokasi yang korang kena masukkan dalam list kalau nak cari port untuk buat majlis kahwin atau ape jer majlis... sebab Kajang Perdana Avenue ni merupakan lokasi ke 11 yang diuruskan secara eksklusif oleh Felda D'Saji... Hah.... dah tentu diorang ni sangat berpengalaman luas... Die sedia tempat, die sedia makan, dia jugak yang sedia segala keperluan...

Dewan berhawa dingin yang serba lengkap
Kajang Perdana Avenue ni boleh memuatkan sehingga 700 orang dalam satu masa... ada dewan berhawa dingin dan juga ruang terbuka... tetamu yang datang mesti selesa.. Parking pun banyakkk, takda hal... 

Ruang terbuka yang selesa
Pada 21 Januari 2016 , YB Pengerusi Kumpulan Felda iaitu YB Tan Sri Datuk Sri Utama Hj. Mohd Isa Abdul Samad telah merasmikan Kajang Perdana Avenue... Aku antara yang bertuah dapat hadir majlis perasmian ni dan mencuba sendiri menu yang disediakan oleh katerer Felda D'Saji...

Percaya la cakap aku, majlis korang nanti mesti jadi buah mulut tetamu yang datang sebab segala menu yang dihidangkan akan buat diorang teringat... aku dah kena oiii... Balik rumah dah mula teringat bakso, rendang, apam balik, cendol yang aku makan tuuu... Adehhhh... 




So, kalau korang buat majlis kat sini... Dah takyah nak sakit kepala fikir nak cari 2 3 catering untuk sediakan menu utama dan jugak menu-menu sampingan... sebab semuanya akan diuruskan oleh Felda D'Saji ni sendiri... cuma korang kena pilih jer pakej yang sesuai dengan budget korang...

Antara blogger yang dijemput untuk majlis perasmian Kajang Perdana Avenue... Thanks Projek Travel sebab jemput aku... 


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi detail di bawah :

Kajang Perdana Avenue
Lot PT 15788,
Jalan Kajang Perdana 2/2,
Taman Kajang Perdana,
43000 Kajang, Selangor
Tel : 013-386 0453 (Nor Syaiful Nazlan) / 019-295 6232 (Nurul Nadia) / 03-8881 1311

Facebook : Felda D'Saji (Official)
Instagram : D'SajiKajangAvenue


Labels: , ,