Kafe hipster paling murah pernah aku jumpa - Kafe Recco Coffee

Jarang ada cafe hipster yang buka awal pagi... Masa Percutian Hipster aku ke Ipoh hari tu pun memang aku tak jumpe cafe hipster yang beroperasi waktu pagi kecuali cafe yang bersekali dengan hotel... Kebanyakannya buka pukul 5 petang ke atas... 

Beruntung orang Tanjung Malim sebab pepagi dah boleh breakfast kat cafe hipster... Kafe Recco Coffee mula beroperasi seawal jam 8.30 pagi hingga 12 tengah malam... Haaa... mesti ramai yang tak tahu rasanya sebab time aku pergi hari tu sunyi sepi cafe ni...


Kebetulan aku dengan partner Projek Hipster aku, Daus Redscarz ade ke Tanjung Malim beberapa minggu lepas... Kitorang sampai sana awal pagi... settle urusan terus kitorang ushar cafe hipster sekitar Tanjung Malim dan terjumpa Kafe Recco Coffee ni.. 


Dari luar cafe pun memang dah nampak gaya hipster... Aku rasa area luar ni untuk geng smoking dengan vaporians sebab kat dalam tu bertutup dan aircond... mustahil la owner nak bagi korang cemarkan suasana cafe dengan asap tu kann...

Ok takpe... korang ushar dulu decorasi dalam cafe ni yang bagi aku simple dan nice...



Untuk melepak sambil chit chat dengan kengkawan memang sangat best dan selesa... set kerusi meja macam ni boleh buat korang stay situ berjam-jam tanpa sedar... percayalah cakap aku...

Kalau nak citer pasal harga pulak aku rasa cafe ni memegang rekod cafe hipster termurah yang aku pernah jumpe setakat hari ni... ko bayangkan segelas coffee yang biasanya kat cafe lain berharga sekitar RM10-RM14 tapi kat sini boleh dapat serendah RM6.00-RM9.00...

Tanjat boboi jugak aku bile tengok harga kat menu cafe ni... tapi memang sesuai la kot harga macam ni kat area Tanjung Malim sebab area situ memeng ramai student... kalau buat mahal-mahal takde orang lak...

Ni menu breakfast pilihan aku hari tu... Nasi Goreng Thai... Serius sedap dan sangat sangat recommended... hanya RM7.00... cuma peliknya biasa cafe hipster ni mementingkan menu presentation.. tapi yang ni biase jer... nak ambik gambar pun tak lawo... huhuu...

Daus Redscarz pulak pilih English Breakfast... RM10.00... agak murah jugak sebab set ni datang sekali dengan coffee Sarawak... .

Coffee Sarawak

Sebab nasi goreng thai aku takde set sekali air, so terpaksa order air lain... aku order honey lomen... RM4.50

Rasanya menyesal pulak tak order coffee yang lawa-lawa ade bentuk love atau daun tuuu... takpe next time la aku try... untuk korang yang nak datang sini boleh ushar menu dan harga kat menu bawah ni... klik gambar untuk lebih jelas...






Alamat:
Kafe Recco Coffee
No 19, Jalan U -1, 
Taman Universiti,
35900 Tanjung Malim, Perak
KLIK MAP
Facebook Recco Coffee


Nak tahu banyaaaaak lagi review cafe hipster atau ape-ape jer yang berkaitan hipster, korang boleh chek list yang ada kat bahagian tepi blog aku ni... 

Labels: , , , , , ,