Funtasy Art Museum antara tarikan yang ada di Ipoh

Sekarang ni dah banyaaaaak tempat yang ada muzium seni yang ada wall painting 3D tuuu... Ada yang nama fantasy art... Ada yang namanya trick art...

Dulu 1st time aku tengok hasil seni macam ni adalah masa kat icity Shah Alam... 3 tahun lepas... klik sini untuk tengok gambar 3D Art kat I-City tuu... masa tu Akiff kecik lagi tapi dia punya teruja bergambar masih sama dengan yang terbaru ni...

Lepas dari tu aku dapat tahu yang muzium macam tu semakin banyak kat lain-lain tempat... ada kat Port Dickson...  Penang pun dah ada... Langkawi pun ada... Baru-baru ni aku dapat tahu kat Central Market KL pun ada muzium cenggini...

Sebenarnya aku tak tahu pun kat Ipoh ni ada Fantasy Art Museum... Kebetulan masa Percutian Hipster aku hari tu, dok melilau kat bandar Ipoh dok mencari wall art mural terjumpa pulak muzium ni...

Jom tengok beberapa keping gambar yang menjadi... Aku tak share semua sebab ada yang tak menjadi... Huhuhu...


Hah... sebenarnyaaa ada banyaaaaaak lagi gambar tapi ada yang tak menjadi... huhuhu...


Bagi aku harga tiket untuk masuk muzium ni memang berbaloi dah sebab kalau murah sangat nanti sesak pulak dalam tu... Lagi pun tempat macam ni bukan kite nak pergi tiap minggu pun... 


Muzium ni terletak kat celah-celah deretan kedai block lama... tak jauh dengan Plan B...  Kalau tengok gambar atas ni yang unit kedai colur putih tu haaa... Korang yang nak cari tempat ni boleh ushar detail bawah... 

Funtasy House Trick Art
Address : No. 16, Jalan Market, 30000 Ipoh, Perak

Tel : 05-2550007
Website : FuntasyHouse.com
Facebook : Funtasy House Trick Art


Operation Hours
Weekdays : 9am – 6pm
Weekends & Public Holidays : 9am – 8pm


Labels: , , ,