Coklat Berkualiti Antarabangsa Dan Murah di Muzium Coklat

Tahu tak korang kenapa coklat bar biasanya dibuat berbentuk petak-petak kecil macam dalam gambar bawah ni... 

Ikutkan sejarah kewujudan coklat dulu.... Coklat dijadikan sebagai makanan suppliment untuk kesihatan dan sumber tenaga... setiap hari waktu breakfast, lunch dan dinner diorang akan makan 1 petak kecik coklat... kirenyer sehari 3 petak kecik tu... bukan 3 bar!!!  Sebab itu coklat yang dijual dibuat dalam bentuk petak kecik-kecik tu supaya senang diorang patahkan dan makan dalam kuantiti yang sepatutnya... Tapi dulu diorang hanya makan dark chocolate... bukan milk chocolate...

Ade banyaaaaak lagi info menarik pasal coklat yang korang boleh dapat di Muzium Coklat, Kota Damansara... itu aku baru kongsi satu daripadanya...

Tak sangka pulak aku kat Malaysia ni ada Chocolate Museum yang pertama di Asia Tenggara... muzium ni dah dibuka sejak tahun 2013 dan dah banyaaaaak pun rombongan sekolah dan orang persendirian yang buat lawatan ke sini... masuk adalah PERCUMA...

Masuk jer dalam muzium ni terus bau aroma coklat menusuk hidung... alahai nikmatnya... Aku tertarik dengan kek yang dibuat dari coklat ni... ingatkan coklat tipu jer... rupenyer memang coklat betul sebab boleh bau aroma coklat dia yang sedap tu...

Di Muzium Coklat ni, diorang mengutamakan konsep 3E iaitu Education, Experience dan Enjoyable...

Di awal tour korang akan dapat banyak info dan sejarah pasal coklat... Ini lah yang dikatakan Education tuuu... boleh tengok visual proses pembuatan coklat... boleh pegang dan bau sendiri biji koko yang sebenar... takde la bau macam coklat kita makan tu... bau dia agak masam sikit...

Nanti korang akan tahu bagaimana sejarah kewujudan coklat... macam mana nama chocolate ni diberi... bagaimana zaman dulu biji koko dijadikan sebagai watawang untuk system barter...

Khasiat coklat untuk kesihatan badan pun ada dijelaskan kat sini... korang boleh tahu yang coklat ni baik untuk kulit, otak, tulang dan banyaaaaak lagi...

Kat sini korang boleh tengok mesin yang digunakan zaman dulu kala untuk dapatkan rasa coklat yang sangat lembut...

Pengunjung yang datang ke muzium coklat ni juga dapat Experience sendiri dan lihat demonstrasi membuat coklat secara live...

Daaaaaannnn paling best ialah korang boleh rasa dan makan coklat yang dibuat fresh niiii... makan no limit okeh... Its FREE!!! Makan lah selagi ko mampu... Tapi tak boleh tapow...

Daaannnn bagi aku tarikan utama Muzium Coklat ni semestinya Chocolate Galleria... Enjoyable!!! Syurga coklat wehhhh... Kat sini ada lebih dari 30 jenama coklat antarabangsa yang diimport terus dari negara pengeluar... contohnya macam Ferrero, Hershey's, Lindt, Mars, Daim, Cadbury dan banyaaaaak lagi...

Harga memang mahal sikit dari coklat yang dijual kat shoping mall atau kedai-kedai biase... Tapi korang tak boleh bandingkan harga coklat Cadbury yang dibuat di Malaysia dengan coklat Cadbury yang diimport terus dari kilang asal di UK... Kualiti dan rasanya tak sama...

Haaa.. korang tahu tak kenapa coklat kat airport tu mahal walaupun bebas cukai katanya... Sebabnya coklat kat airport adalah coklat yang diimport dari negara asal sama macam yang dijual di Chocolate Galleria ni...

Bab halal korang takyah risau... walaupun kat packaging coklat takde logo halal tapi sebenarnya setiap coklat yang dibawa masuk telah disahkan status halal oleh negara masing-masing... DR Group Holdings yang bertanggungjawab membawa masuk coklat ni semua awal-awal dah take note perkara ni... diorang memang ada surat pengesahan halal dari negara pengeluar...

Okeh... Selain coklat jenama antarabangsa, korang jugak boleh dapatkan coklat jenama tempatan yang bertaraf antarabangsa contohnya coklat jenama Danson, Milton, Farrel dan Fidani...

Danson dan Milton adalah coklat yang dibuat menggunakan teknologi terkini manakala coklat Farrel dan Fidani pulak adalah coklat 'handmade'... prosesnya dibuat secara manual menggunakan tangan...


Hari tu kami para blogger dan pihak media diberi peluang mengambil bahagian dalam Pertandingan Membina Rumah Idamanku daripada coklat... Masa yang diberikan adalah selama 1 jam...

Dan ini adalah rumah coklat yang dihasilkan oleh kumpulan aku...

Ni pulak rumah coklat yang dihasilkan kumpulan lain... Untuk pengetahuan korang, semua replika rumah coklat yang kitorang buat ni akan turut dipamerkan di muzium ni... Waaaa.... bangga rasanya...

Thanks Chocolate Museum sebab jemput kitorang untuk tour dan pertandingan ni... 

Okeh ni ade berita baik untuk korang... Chocolate Museum akan mengadakan Warehouse Sale pada 29, 30 & 31 Januari 2016 bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang... 

Boleh la borong coklat bebanyak sebab semua jenis coklat akan dijual pada harga yang lebih murah dari biasa... Haaaa time ni la nak tahu apa bezanya coklat fully imported dengan coklat local... So, mark your calender!!!

Chocolate Museum
No. 2, Jalan Teknologi 3/5
Taman Sains Selangor 1,
47810 Kota Damansara
Selangor

Tel : 03-7490 4260
Email : chocolatemuseum@drgroup.com.my
Website : www.chocolatemuseum.my
Facebook : Chocolate Museum
Instagram : @Chocolate_museum_kd

Labels: , , ,