Barber hipster Ipoh - O'oi & Comrades Mansion di banglow 2 tingkat

Entry sebelum ni aku ada review pasal O'oi & Comrades Mansion... Sebuah banglo 2 tingkat yang dijadikan cafe dan jugak barber hipster... Bawah ada cafe hipster, atas pulak ada barber hipster.. Klik sini untuk baca review pasal cafe hipster ni...

Dalam program Percutian Hipster ni memang ada aku selitkan sekali aktiviti untuk gunting rambut aku dengan Akiff kat Ipoh ni... Hohohoho... jarang orang buat planing percutian macam aku ni... Datang bercuti nak gunting rambut pulak kannn... Wakaka...


Planing asal aku memang nak datang sini untuk makan kat cafe sambil tu nak jugak gunting rambut budak Akiff ni... tapi planing dibatalkan sebab semue barber yang ada bercuti pulak hari tu... Adehhh... Kalau macam tu kite ushar jer la barber hipster sini macam mana...

Kalau nak gunting rambut kena naik kat tingkat atas banglow... Walaupun barber tutup hari tu tapi aku naik atas jugak sebab nak tengok sendiri barber shop die...

Keadaan nampak bersih, teraturdan selesa... Tapi time ade orang tak pasti la keadaan jadi macam mana kannn.... Rugi pulak rasanya sebab tak dapat nak try gunting rambut kat sini...

Nah harga untuk servis barber kat sini... Yang aku tau gunting rambut lelaki RM10 jer... selain tu aku tak tau... Kalau nak kesini boleh refer detail alamat kat bawah ni atau call dulu tanya barber bukak ke tak sebab takut korang datang nanti tak bukak lak... Call 017-4661569 

O’oi & Comrades Mansion
No. 20, Jalan Lapangan Terbang
Kampung Melayu
31350 Ipoh, Perak
017-466 1569

Jemput follow instagram @lan_careno dan @ProjekHipster untuk lebih banyak lagi review bergambar cafe hipster yang lain...


Labels: , , ,