Peminat Hipster jom ke Port Fiesta di Dataran Ipoh

Jom sape nak ikut aku ke Ipoh... Tak sabar weh nak turun ke Ipoh untuk Port Fiesta kat Dataran Bandaraya Ipoh pada 5 & 6 Disember nanti... Aku takde kena mengena pun dengan festival ni tapi aku adalah peminat hipster... Dan PORT Festival adalah program yang sangat hipster...

Ehhh... Hipster tu tau tak apa? Hipster adalah sesuatu yang tidak mengikut arus perdana... Senang fahamnya adalah sesuatu yang terdahulu atau lama atau klasik atau tradisional atau rare atau ape-ape jer yang boleh membuatkan korang terfikirkan masa lampau... Hipster dan seni adalah sesuatu yang sinonim... Bila sebut pasal hipster mesti orang akan terfikirkan tentang seni dan sesuatu yang rare...


P.O.R.T atau nama penuhnya Place of Remarkable Talent akan menganjurkan Port Fest di Dataran Ipoh Perak pada 5 dan 6 Disember nanti... 

Ipoh memang dikenali sebagai Bandaraya Hipster... Diorang punya gaya hipster kat sana memang giler-giler punyer... Hujung minggu ni aku dengan family akan bercuti kat Ipoh... Hotel semue dah ready... Kitorang akan stay kat hotel hipster... Tak sabar rasanya... Tunggu aku review hotel tu nanti... Tapi korang boleh baca review hotel hipster yang pernah aku stay dulu... klik sini

Cafe hipster dalam list aku pun dah banyak ni... tunggu nak terjah jer... Barber atau saloon hipster pun dah ada dalam list tempat yang nak dituju... Hahaha.. mana ada orang buat pegi bercuti masukkan saloon dalam iternary... Kat sana nanti nak make over style rambut aku dengan Akiff ikut gaya hipster... kehkehkeh... Percutian aku sekeluarga kali ni segalanya berkaitan dengan hipster... 

Okeh... lupekan kejap bab percutian hipster kitorang... Ni aku nak bagi tau kalau korang plan nak ke Ipoh boleh la plan ke sana pada 5 & 6 Disember sebab time tu Ipoh akan lebih meriah dengan PORT Fest... Banyaaaaak giler aktiviti yang disediakan kat sana... Korang tengok sendiri poster kat bawah ni...



Hohoho... Best giler oiii... InsyaAllah aku akan turun Ipoh sebagai team Projek Hipster... Kalau ade cafe hipster yang nak aku review boleh email kat aku k... Kite bincang... hahaha...

PROJEK HIPSTER menyokong sepenuhnya program ini... jom follow instagram Projek Hipster (klik)


Labels: , ,