Karnival Rakyat @ Pesta Orkid & Flora di Seberang Prai meriah dengan booth jualan

Orang utara jom ramai-ramai ke Karnival Rakyat di Medan Perniagaan Pauh Jaya, Pulau Pinang... Untuk peminat pokok-pokok bunga terutamanya orkid wajib datang sini tengok apa yang ada... Kompom meroyan tengok banyak giler pokok hiasan yang dijual kat sini...


Ada banyak booth yang jual tumbuh-tumbuhan hiasan, pokok herba, pokok buah-buahan, baja dan segala benda yang berkaitan dengan flora fauna.. Selian tu, ada jugak aktiviti lain yang disediakan untuk pengunjung antaranya pertandingan karaoke, pertandingan mewarna, jualan pakaian kanak-kanak, jualan gudang pakaian berjenama dan macam-macam lagi...

Haaa... Nampak tu bersusun khemah putih kat sini... Memang meriah dengan booth jualan...


Perghhhh... Meriah!!! Kaki bunga ni memang tak senang duduk kalau datang sini...

Selain tu, kat sini jugak ada khemah jualan makanan dan minuman... Dannn kalau korang ke sini jangan lupa cari gerai As Nasi Ayam... Nasi ayam ni mak mertua aku yang masak tapi cousin aku yang jual...

Huh... Sedap giler wehhh... Ni tak tipu punya sebab mak mertua aku punya nasi ayam memang terbaek dari ladang... Selian nasi ayam, cousin aku ade jual Char Keow Teaw jugak...

So, tunggu apa lagi orang Penang, Kedah dan Perak cepat-cepat laaa ke Medan Perniagaan Pauh Jaya ni... Kalau tak tahu lokasi ni kat mana korang waze jer Medan Perniagaan Pauh Jaya, kompom jumpe... Karnival Rakyat ni dah pun bermula 7 November lepas dan akan berakhir 16 November ni... Sempat jer lagi nak ke sana...