Boutique Cafe Wichday hidang menu unik dan menarik

Entry sebelum ni aku ada share perbezaan Hipster Cafe dan jugak Boutique Cafe... Korang yang belum jelas lagi perbezaan antara dua jenis konsep cafe ni boleh klik sini dan baca...

Kali ni aku nak share pasal Boutique Cafe yang aku try baru-baru ni... Wichday Sandwich Cafe yang terletak di Taman Connaught, Cheras...

Wichday tersembunyi dicelah deretan kedai bersebelahan CIMB Bank Taman Connaught... Selama ni aku tak perasan pun ade cafe ni kat situ walaupun memang selalu lalu depan cafe ni... korang kena perhatikan betul-betul kalau nak ke sini...

Dari luar tak nampak menarik pun... Tapi bila masuk jer dalam cafe, suasana cukup berlainan... Segalanya kemas dan teratur... Dekorasi cafe sederhana tapi pilihan warna tu dah cukup untuk beri impak kepada suasana dalam cafe ni...

Dalam banyak-banyak meja putih yang ada aku tertarik dengan set kerusi meja kayu kat sudut tepi dalam cafe ni... Aku suka set meja ni sebab ada gaya hipster kat situ...

Deco simple tapi comel... Budak-budak mesti gerammm jer tangan nak usik deco ni kannn...

Aku pergi berdua dengan partner Projek Hipster aku... Daus Redscarz... Nasib kitorang baik sebab masa kitorang sampai ni cafe belum ramai orang... Masuk jer pukul 1 tengah hari cafe ni dah mula penuh sampai tak cukup meja...

Okeh jom tengok menu apa yang kami try hari tu... Aku yakin korang mesti teruja tengok menu yang kitorang makan ni... Hehehe...

Wich Toasting Day - RM14.90
Ni sama macam english breakfast... Aku tak minat sangat menu macam ni tapi sekali sekala makan ok jer...

Cheese Chicken Baked Bolognese Spaghetti - RM12.90 (Recommended)
Ade peminat pasta tak sini?? Kalau korang peminat pasta macam aku memang korang wajib try spaghetti sini sebab memang terrrbaekkk!!! Aku teringin nak try tomyam spaghetti... Nanti aku nak try yang tu pulak...

Cheese Strawberry Banana Toast - RM15.90
Roti garing tapi tak keras... Memang sedap... Yang suka cheese aku rasa korang mesti suka dengan menu ni...

Kalau korang datang Wichday jangan lupe try salah satu menu desert yang ada kat sini sebab menu dia unik dan menarik... Dan paling penting berbaloi untuk korang try...

Mr. Dinosaur (Chocolate Chip Pancake) - RM14.90 (Recommended)

Fuhhhh... Satu hidangan ni boleh kongsi 2 atau 3 orang... Memang sangat berbaloi untuk cuba... Bagi aku harga yang ni memang murah dah sebab boleh makan kongsi-kongsi...

Miss Pinky (Rose Pancake) - RM13.90

Yang kureeeng dengan coklat boleh pilih yang ni... Punnnn sedap... Korang yang tengok mesti dah terliur kan... Aku yang dok menaip pun dok teringat jer...

Kalau dah gini punya menu dan presentation, rasa bersalah pulak bila tak ambik gambar... Hahaha...

Pandora Box - RM18.90 (Recommended)
Okeh... Ni signature dish kat Wichday... Memang tak dapat kat tempat lain... Roti pandora box ni adalah home made... Dibuat fresh di cafe bila di order... Roti ni garing dan sangat sedap... Topping atas dia tu korang skodeng sendiri la apa yang ada... 

Dannnnn paling buat aku teruja bila roti ni dipotong... isi perut pandora box ni ada roti yang dibakar garing dengan cornflakes dan digaul dengan madu... Kalau nak extra rasa madu boleh tambah sendiri sebab dia ada sediakan madu extra...

Makan pandora box ni sajer pun dah cukup buat korang kenyang... Aku dengan Redscarz hari tu dah macam ular sawa dah masing-masing sebab banyaaaak giler kitorang makan... hahaha...

Hah! Dah cukup teruja ke dengan menu yang aku tunjuk ni? Kalau nak tahu menu lain dan jugak harga korang boleh klik gambar kat bawah ni...


Okeh... Ada yang tanya aku cafe ni ade sijil Halal ke tak? Hmm... yup cafe ni memang takde sijil halal... Tapi menurut pemilik restoran ni, segala ramuan dan bahan yang digunakan adalah dari pembekal yang mempunyai sijil halal... Walaupun semua staff cafe ni berbangsa cina tapi ade sorang tukang masak cafe ni yang berbangsa melayu... 



Oh yaaa.... Untuk pengetahuan korang... Wichday jugak boleh organize birthday party untuk korang kat cafe ni... Juz cakap jer nak tema ape... Die akan sediakan semuenyer... Dan cafe tu akan ditutup untuk private event khas untuk birthday party korang... Perghhhh... Kerlassss kannn... Pakej adalah serendah RM33/pax dengan minimum 20 pax... Chek detail Wichday di bawah... 

Address
Wichday Sandwich Cafe
No. 195, Jalan Sarjana,
Taman Connaught
56000 Cheras KL

Operation Hours
11.00 am - 7.00 pm (Weekdays)
11.00 am - 5.00 pm (Saturday & Sunday)
-Wednesday CLOSE-

Contact
012-2149061
Facebook : Wichday (klik)
Instagram : Wichday (klik)


Labels: , , , , ,