Ambi Pur dan FC Barcelona Jalin Kerjasama... Ada Hadiah Percutian Ke Barcelona...

Ambi Pur sememangnya dah gah sebagai satu jenama air freshener yang dikenali di seluruh dunia manakala FC Barcelona pulak merupakan kelab bola sepak paling disegani di dunia... Masing-masing adalah nama besar dalam bidang masing-masing... Kini dua jenama besar ini bergabung dan menjalin kerjasama bersama dan pastinya ia akan memberikan impak positif kepada kedua-dua pihak...

Baru-baru ni berlangsung satu majlis untuk mengumumkan kerjasama antara Ambi Pur dan FC Barcelona di Marble 8 Bar & Private, Kuala Lumpur... Acara simbolik bagi kerjasama ini adalah pertukaran jersey dan produk Ambi Pur yang disempurnakan oleh Nicolas de la Giroday bersama-sama Zulfiqar Mahar serta Xavier Asensi selaku Pengarah Urusan FC Barselona Asia Pacific...

Fuhhh... sekali tengok Xavier Asensi ni macam player Barcelona jugak... hensem-hensem mat saleh Sepanyol ni... kalau aku dok sane gini jugak kot muke aku... hahaha...

Nicolas de la Giroday iaitu Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia, Singapura dan Brunei... "Kerjasama ini berperanan untuk mengukuhkan lagi jenama serta menguatkan hubungan dan pertalian kami dengan pengguna dalam minat yang sama terhadap sukan bola sepak..."
Zulfiqar Mahar iaitu Penolong Pengarah Jenama Ambi Pur... "Kami berbangga kerana Ambi Pur kini berkembang menjadi salah satu jenama penyegar udara paling dipercayai di dunia..." 

Xavier Asensi selaku Pengarah Urusan FC Barselona Asia Pacific... "Kami yakin bahawa kerjasama ini adalah detik permulaan perjalanan jauh yang akan membawa FC Barcelona lebih dekat dengan penyokong di rantau ini dengan menampilkan wangian segar setiap hari..."

Kerjasama ini akan diaktifkan di 6 buah negara Asia iaitu Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand... Harith Iskandar selaku pengacara majlis turut mengumumkan 'Peraduan Menangi Percutian ke Barcelona' dan permainan sepakan penalty shootout turut dilancarkan dan akan menjelajah ke seluruh negara menggunakan bas khas...

Haaa... ini lah bas jelajah Ambi Pur & FC Barcelona yang akan menjelajah seluruh negara bermula 30 November ini sehingga 27 Disember 2015... 

Fahrin Ahmad bersama Xavier Asensi, Zulfiqar dan Nicolas de la Giroday dihadapan bas jelajah FC Barcelona bersama Ambi Pur...
Sebelum masuk ke dalam bas jom kite selfie dulu... Biase selfie dengan orang jer kan... Kali ni selfie dengan bas... wakaka...
Huh... Bas bersepah dengan baju, seluar, tuala, kasut dan stoking yang berbau busuk dan peluh... Tapi sejujurnya aku tak bau langsung semua tu masa berada di dalam bas tu... Fahrin Ahmad suruh pergi bau sendiri kasut semua tu secara dekat bagi membuktikan yang semua tu bukan dummy tapi real punya busuk busuk tapi dengan haruman Ambi Pur yang digunakan dalam bas ni berjaya menghilangkan bau busuk tu...

Penalty Shootout... aku dah try... dalam 3 percubaan dapat masuk 1... kehkehkeh... ok la kann...
Okeh... Ni peringatan untuk korang semua... jangan lupa untuk try penalty shootout ni di Pameran Jelajah Ambi Pur & FC Barcelona yang akan berhenti di kedai-kedai terpilih di seluruh negara... Kalau nampak ade bas ni korang wajib try penalty shootout ni okeh... sebab korang berpeluang untuk dapat pelbagai barangan exclusive....

Dan jangan lupa beli mana-mana 2 pewangi kereta Ambi Pur Car dalam 1 resit dan hantarkan SMS ke 0163361301 bersama detail seperti nombor resit, nama, nombor ic dan lengkapkan slogan "Ambi Pur dengan FC Barcelona menyegarkan perjalanan kami ke arah kejayaan kerana...." tidak kurang dari 30 patah perkataan... Hadiah utama adalah percutian 5 hari 4 malam ke Nou Camp, Barcelona... Fuhhhh... kalau dapat ni memang mimpi jadi kenyataan laaa....

Hah... antara blogger yang hadir masa majlis yang berlangsung baru-baru ni... ni bestnyer jadi blogger... ambik gambar dan bergambar... hahaha... benda wajib tuuu...
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan di Facebook Ambi Pur (klik)


Labels: , , , , , , ,