Tips fotografi - Gunakan Zoom dengan bijak

Ade orang tak suke gunakan zoom bila ambik gambar... Katanya nanti gambar akan pecah... Hmm... Betul tu tapi gambar akan pecah kalau tak cukup cahaya atau zoom over sangat...

Sebenarnya dalam keadaan tertentu memang perlu gunakan zoom... Japg aku bagi contoh mudah... tapi sebelum tu korang tengok dulu perbezaaan gambar A dan B kat bawah ni...

Ni contoh gambar yang aku ambik.... Satu gambar aku zoom... Dan satu lagi aku tak zoom tapi aku dekatkan camera dengan objek... Sekali imbas nampak macam takde beza sangat pun... Fokus gambar masih sama iaitu coklat Nutella..  So, saiz Nutella dalam gambar A dan B lebih kurang jer... Cuma yang bezanya adalah background gambar tu....

Ni gambar yang aku tak zoom langsung... aku hanya dekatkan camera phone aku dengan objek nutella tu... perhatikan gambar background tu... masih boleh nampak tulisan infacare pada tin susu kat belakang....

Ni pulak gambar yang aku dah zoom in dan aku jauhkan sikit jarak antara objek nutella dengan camera phone aku... perhatikan gambar background tu... tulisan infacare pada tin susu dah tak nampak...

Apa yang aku nak bagi tau kat sini... bila kita gunakan zoom maka kite akan dapat kecilkan coverage background tu... jadi takde la banyak sangat bende yang tak berkaitan kat belakang tu termasuk dalam gambar kite...

Sumber Gambar : Choosing a focal length
Ni contoh yang aku dapat dari google... saiz objek utama masih kekal dalam setiap gambar cuma bezanya kawasan liputan kat belakang objek tu jer... kedudukan tukang ambik gambar dalam gambar atas ni adalah berbeza... dan zoom yang digunakan juga berbeza...

So, lepas ni kalau nak ambik gambar makanan apakata korang try gunakan zoom dan bandingkan gambar yang tak menggunakan zoom.... lihat perbezaannya...

Labels: ,