Preview Roadshow The Parenthood - Shoping Keperluan Bayi Di London Street

Dulu dikenali sebagai The Mall tapi lepas dinaiktaraf bertukar nama jadi Sunway Putra... Baru semalam dok borak dengan kengkawan yang katanya The Mall dulu siap ade indoor theme park macam kat Times Square tu... Uihhh... tak tahu pulak aku... Setahu aku The Mall dulu memang antara mall yang boring giler sebab takde yang menarik pun...

Tapi lepas naiktaraf kepada Sunway Putra memang totally berbeza dengan mall yang lama... Dulu kalau pergi PWTC tak teringin pun nak singgah kat The Mall walaupun mall tu hanya seberang jalan dengan PWTC jer... Tapi sekarang ni dah lain giler... Dari luar pun dah nampak gahhh... 

Sunway Putra dah jadi salah satu Mall yang wajib pergi bila nak shoping atau window shoping... Banyak kedai menarik yang ada kat situ... dari produk orang dewasa sampai la kepada keperluan untuk anak-anak...

Antara yang jadi tumpuan kat Sunway Putra Mall sekarang adalah Sekarang ni yang jadi tumpuan kat Sunway Putra sekarang adalah The Parenthood Preview Roadshow untuk Family Park bertemakan London Street yang pertama di Malaysia... Boleh dikatakan sebagai 1 stop centre untuk segala keperluan si kecil dan ibu bapa... 


The Parenthood Preview Roadshow ni sedang berlangsung sekarang dan akan berakhir pada 1 November 2015... Tinggal berapa hari jer lagi... Sempat lagi ni kalau korang nak ke sana... 

Aku tertarik dengan konsep Preview Roadshow ni iaitu London Street... Korang tengok sendiri gambar yang aku ambik kat bawah ni... 


Menarik kannn... Selain shoping, kat sini juga disediakan ruang untuk si anak meluangkan masa dan leka dengan aktiviti yang disediakan... Sambil si mak dok cari barang, si bapak boleh la temankan anak buat aktiviti kat sini...

Boleh mewarna... Semua kelengkapan mewarna disediakan secara percuma...

Kemain fokus Akiff mewarna... Ni bukan pertandingan mewarna pun tapi ni sekadar suka-suka... bebudak biasa la kannn... bila dah tengok ade kawan dok mewarna, die pun sebok la nak menumpang...

Selain tu, anak-anak jugak boleh main mainan yang disediakan kat sini... Yang menariknya, kebanyakannya mainan adalah berkonsepkan learn and play...

Antara yang terdapat di sana... ikutkan banyaaaaaak lagi barang macam botol susu ker, pampers ke tapi banyak pulak gambar kalau aku nak share semua...


Haaa ni satu yang aku nak bagi tau... selama ni dah puas aku mencari topeng muka jerebu yang comey-comey cenggini... Rupanya ada jual kat sini dengan macam-macam design... ada saiz kanak-kanak dan dewasa... Murahhhh!!! RM15 jer...

So, korang kena cepat ke sini sebab The Parenthood Preview Roadshow ni akan berakhir 1 November 2015 iaitu hari ahad ni...

Lepas ni diorang akan berpindah ke tingkat 2 pulak sebab preview roadshow ni hanya sekadar jualan pengenalan sebelum The Parenthood Family Park yang bertemakan London Street dibuka...

Tadaaaaa.... COMING SOON!!! Inilah dia bakal tarikan terbaru di Sunway Putra Mall nanti... Kat sini bukan jer sebagai tempat parents shoping segala keperluan baby ala-ala di Kota London tapi kat sini jugak tempat untuk si anak bermain dan belajar...

Sementara anak dok main, parents pulak boleh shoping dengan tenang dan boleh buat apa yang parents suka tanpa risaukan si kecil sebab kat dalam ni nanti selain kedai-kedai jualan berkonsepkan London Street, ada jugak cafe, saloon, massage,facial, pedicure dan manicure, function room dan macam-macam lagi...

Aku sempat melawat proses akhir persiapan The Parenthood London Street Family Park ni... Serius aku teruja dengan apa yang bakal dibuka nanti... Meh aku tunjuk sikit...

London Bas pun ada tapi belum siap sepenuhnya lagi...

Dan paling menarik semestinya Kingdom Playground by The Parenthood...

Ni bukan playground yang biasa tapi konsep playground sini adalah play and learn... sebab semua yang disediakan kat sini akan menguji skill dan mengasah moto pemikiran anak-anak... 

Antara permainan yang disediakan adalah trasure hunt games, flying fox, spider tower, transparent spiral slide, mini trampoline, tunnnel and bridges, wall climbing dan banyaaaaaak lagi... bukan anak jer teruja ni... mak pak pun tumpang teruja sekali tengok semua ni...

Pasal security dan safety kat sini memang antara perkara yang diberi perhatian utama... Aku nak cerita lebih-lebih tak boleh lagi tapi korang kena tunggu nanti dah siap aku cerita detail ok... Cukup sekadar korang tahu Sunway Putra Mall dah boleh dimasukkan dalam list korang untuk bawak anak-anak berjalan dan shoping...

The Parenthood London Street Family Park dijangka dibuka kepada umum bermula 15 November 2015 (soft launch)... Tapi untuk Grand Launching dijangka pada 5 Disember 2015.... Tak lambat dahhh... So, mark your calender!!!

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook The Parenthood (klik) atau MIPC (klik) atau My Kingdom (klik)



Labels: , , ,