Pretz n' Beanz Cafe - Wajib singgah bila ke IKEA

Korang kalau pergi Ikea biasanya kat mana korang makan... mesti cafe kat Ikea tu kann... sebab menu die yang special dan takda kat tempat lain... betul tak?

Dulu aku memang yer... tapi sekarang memang dah jarang aku singgah cafe kat Ikea tu sebab sesak giler... Ya ampunnnn... bilangan manusia lagi banyak dari bilangan meatball... Hahaha... Nak makan pun tak tenang sebab orang dah berdiri sebelah sebab nak booking meja...

Ni aku nak rekemen kat korang cafe yang korang boleh makan dengan tenang sambil menikmati menu special yang ada kat situ bila setiap kali korang ke Ikea... Pritzel dan pizza yang lain dari yang lain... memang tak ada kat tempat lain melainkan kat Pretz n Beanz Cafe...


Pretz n' Beanz Cafe betul-betul tepi entrance masuk Ikea kalau dari Ikano Power Center (IPC)... Bertentang dengan Starbuck...

Pretz n' Beanz Cafe ni masih baru dibuka... start dibuka pada bulan Julai 2014... Kini mempunyai 2 cawangan iaitu di Ikano Power Center dan jugak di Solaris, Mont Kiara...

Aku suka suasana dan persekitaran dalam cafe... teratur, simple dan selesa... kalau macam aku datang bawak baby dengan stroller rasanya takda masalah sebab ruang dalam cafe memang selesa... Haaa.... Cafe ni jugak ade Wifi...


Kalau yang smoking tu boleh lepak kat luar cafe... punnnn selesa...

Istimewanya cafe ni adalah dia punya menu... segala pretzel, pizza, pastry, kek dan semua yang ada kat sini dibuat di kilang diorang sendiri... dan diorang ni ade standard diorang sendiri yang sangat dijaga dari segi kualiti makanan...

Prizel Basil Cheese - RM7.30
Bagi korang yang dah biasa makan pretzel memang wajib cuba yang kat sini pulak... pretzel kat sini memang sedap dan lembut... Doh pritzel dibuat dikilang dengan kualiti kontrol yang sangat ketat... 

Sebelum ni aku ingatkan pretzel memang texture die liat sikit sebab yang selama ni aku makan semue rasa macam tu... Rupenyer tak... Kat sini elok jer lembut walaupun dah sejuk...

Pretz n' Stew Chicken Green Curry - RM17.90 (WAJIB CUBA)
Dan menariknya kat sini korang boleh makan pritzel dengan pelbagai cara... contohnya macam menu yang aku makan atas ni... Aku bagi 5 bintang untuk menu ni... Pritzel n' Stew ni adalah yang pertama di Malaysia... so, korang wajib cuba sebab rasa stew dnegan pretzel ni memang ngam sangat...

Pretzel Pizza Hawaian Chicken (10") - RM22.15
Hah... Kalau nak menu yang lebih berat boleh cuba Pretzel Pizza ni sebab base pizza ni dibuat dari resepi yang sama untuk buat pritzel... Kat situ specialnya pizza kat sini... Walaupun dah sejuk dan lama still sedap lagi dimakan...

Green Tea Latte - RM11.90 (WAJIB CUBA)
Caffe Mocha - RM12.00
Caffe Green Mint Mocha - RM13.90
Hah... untuk peminat coffee macam aku korang boleh try macam-macam pilihan coffee yang ada kat sini... Gambar atas ni yang aku dah try... Paling aku suke Green Tea Latte...

Volcano Chocolate Cake With Ice Cream - RM 13.65 (WAJIB CUBA)
Telan air liur kejap bile upload gambar coklat kek ni... Adehhh... Kalau Akiff ade time ni kompom aku tak dapat merasa ni,.. memang kena order sorang satu... Luar kek rasa garing pastu dalam lembut siap ade coklat cair... makan pulak skali dengan ais krim tu... Hwaaa... Hari tu aku share dengan Redscarz rasa macam tak cukup lak... Demmm...

Okeh.... Itu jer menu yang sempat aku cube masa ke sana baru-baru ni... kenyang sangat dah... tak mampu dah nak try menu lain walaupun perut ni masih mengharap disumbat dengan spaghetty, fish n chip, sandwich, waffle dan banyaaaak lagi menu lain... Hahaha... Ingat aku bela saka ker nak makan semua tu sekali harunggg.... takpe nanti boleh repeat lagi... 

Korang yang tersesat ke Ikea lepas ni sila singgah kat Pretz n' Beanz Cafe ni okeh kalau tak percaya dengan apa yang aku tulis ni... aku berani rekemen cafe ni sebab memang aku puas hati...


www.pretznbeanz.com
Facebook : Pretz n' Beanz Cafe (klik)
Tel : 03-7732 0175

G23, Ground Floor,
IPC Shopping Centre,
No. 2, Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara,
47800 Petaling Jaya, Selangor.


Haaa... kalau korang nak order untuk delivery pun boleh... tapi untuk yang kawasan sekitar Mutiara Damansara jer la... Boleh hubungi 010-9507 393 untuk order... Kat bawah aku bagi katalog sebagai rujukan... klik gambar untuk lebih jelas...







Labels: , ,