Menang contest #AirAsiaMAKNA... Dapat sepasang tiket flight...

Dulu aku pernah hebahkan pasal kempen Air Asia bagi membantu mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional Malaysia (MAKNA)... Klik sini untuk membaca...

Dalam kempen #AirAsiaMAKNA tu, diorang ade jual tshirt khas untuk kempen ni dan hasil jualan tshirt tersebut akan disalurkan sepenuhnya kepada tabung MAKNA...

Dannnn... sambil membeli dan menderma tu, Air Asia ada buat simple contest kat Instagram... Juz ambik gambar dengan memakai TShirt #AirAsiaMAKNA dan post kan di instagram sendiri dengan meletakkan hashtag #AirAsiaMAKNA... simple jer kannn... dengan hanya letak hashtag tu dah dikira menghantar penyertaan bagi contest ni...

Aku ada hantar beberapa penyertaan untuk support contest ni selain membantu untuk sebarkan pasal kempen ni kepada umum... Bawah ni antara gambar penyertaan aku :





Alhamdulillah gambar aku yang ni menang tempat ketiga... 

Hoyeaaahhhh... Masa majlis pengumuman ni aku tak hadir dan tak tahu menahu pun... tibe-tibe jer member-member blogger PM, What'sApp dan post kat wall fb aku bagi tau pasal kemenangan ni...


Thanks korang yang sudi ambikkan gambar...

Aku memenangi sepasang tiket pergi dan balik ke Langkawi... Ok la kannn... Sape nak bagi tiket Free oiii...  Ni kali kedua aku dapat ticket Free dari Air Asia.. Yang 1st dulu dapat sepasang ticket pergi balik ke Cebu, Filipin... Klik sini untuk baca...

Gambar pemenang lain... Pemenang no 1 yang gambar tengah baring tu memenangi sepasang tiket ke Sapporo, Japan... Pemenang tempat kedua yang gambar family tu dapat sepasang tiket ke Maldives... Tahniah untuk pemenang tempat pertama dan kedua...



Labels: ,