Kongsi Aib Di Laman Sosial


Kongsi aib kat laman sosial.. menarik jugak topik yang dibincangkan dalam rancangan bual bicara kat RTM1 pagi tadi... Sebab antara panel yang hadir tu adalah Ben Ashaari, jadinya gigih aku tengok rancangan tu dari awal sampai habis...


Terbaik jugak kupasan yang diberikan... Sebab aku ade blog dan blog tempat untuk aku menulis dan berkongsi rasa bersama pembaca.. jadinya segala apa yang jari aku ni luahkan, ia penentu saham akhirat kita sama ada pahala atau dosa.... Semuanya bergantung kepada niat kita berkongsi...

Ada dari kita sebenarnya tak sedar pun apa yang kita kongsikan dalam laman sosial sebenarnya mendedahkan aib sendiri atau mungkin juga orang lain... sebab tu kalau nak creat status di Facebook atau meluah rasa di Twitter atau mungkin berkongsi gambar di Instagram atau meluah rasa dan pendapat di blog, cuba ELAKKAN bercerita yang melibatkan aib sendiri atau aib orang lain...

Mungkin niat hati nak berkongsi tu sebagai tauladan dan panduan kepada yang lain tapi kenapa perlu berkongsi sesuatu yang buruk semata-mata untuk mengorek tauladan dari keburukan itu...

Ade jer orang yang suke sangat bercerita pasal artis itu ini... orang itu ini... isu itu ini yang kononnya sesuai dijadikan tauladan bersama tapi tanpa dia sedar sebenarnya dia sedang membuka dan mendedahkan aib orang... Erkkk... mintak simpang la perkara macam ni kann...

Sebab tu aku sangat berhati-hati untuk berkongsi sesuatu di media sosial... terutama perkara negatif atau benda yang tak elok... risau kalau ia tidak mengaibkan diri kita tapi mengaibkan saudara terdekat kita... dan kena ingat juga, apa yang kita kongsikan di media sosial sebenarnya menggambar diri kita sendiri... Jangan sampai suami, isteri, rakan-rakan dan kenalan kita malu dengan perbuatan kita...

Kalau nak berkongsi sesuatu yang bermanfaat, cuba tukar cara perkongsian kita dari mencari tauladan dalam keburukan kepada mencari pedoman dalam kebaikan... 

Haaa... maksudnya kita kongsikan segala kebaikan yang kita nampak supaya dijadikan panduan dan pedoman untuk orang lain dan diri kita juga untuk mengikutinya...

Ehhh... ni bukan aku pesan kat orang lain semata-mata tapi jugak pesanan untuk diri aku sendiri dan jugak sahabat-sahabat aku... semoga niat baik kita sentiasa diredhai oleh-Nya...

Labels: