Kenapa perlu ada hashtag?

Pernah jugak ade kengkawan tanya aku kenapa suke letak hashtag kat setiap post aku kat instagram atau facebook... rimas diorang kate... buat panjang post jer... wakaka... Orang lain aku tak pasti tapi aku memang jenis suka letak hashtag kat setiap post...


Hashtag ni ibarat no fail atau label... setiap hashtag yang sama akan dikumpulkan dalam satu 'folder'... aku ade hashtag personal aku sendiri iaitu #LanCarenoDotCom dan #BlogAbahCareno... bila aku klik hashtag tu nanti aku dapat recall balik semua posting lama aku yang menggunakan hashtag tu...

Penggunaan hashtag sekarang ni dah makin meluas dah... majlis tertentu atau event pun orang dah creat hashtag sendiri... contoh #WeddingZazaLan #BirthdayAkiffMirza #CutiCutiCareno... Haaa tu sekadar contoh... Hashtag tu kite war war kan dan mintak sedare mara atau kenalan yang ade buat posting pasal majlis kite tu letak hashtag tu dalam post diorang... Nanti bile kite klik hashtag tu kite dapat la tengok semua gambar yang diorang post tu...

Pernah tengok kan majlis anugerah pun gunakan hashtag... #ABPBH #AnugerahEra #Melodi.... Promo produk-produk pun dah mula gunakan hashtag... Contohnya #JusPran #DHerbs #TshirtMuslimah...

Kat instagram, twitter dan facebook kite boleh search by hashtag tau... tengok contoh bawah ni...


Nak baca review orang pasal filem pun kite boleh search by hashtag...

Untuk orang yang buat bisnez... hashtag ni penting sebab ade orang yang shopping berdasarkan hashtag... contohnya masa aku nak beli baju melayu raya puasa hari tu... Dah berkenan dah dengan 1 baju tu... pastu aku klik hashtag yang ada kat posting tu contohnya #BajuMelayuModen... dari situ nanti akan keluar semua posting berkaitan baju melayu moden... dari situ aku dapat banyak lagi pilihan...

So, untuk peniaga online.. rajin-rajinlah guna hashtag setiap kali posting bisnez korang... kalau jual baju nursing muslimah tu... buat la beberapa hashtag yang berkaitan contohnya #Nursing #NursingDress #BajuMuslimah #TshirtMuslimah #BajuMenyusu haaaa gituuu... Dan jangan lupe letakkan sekali hashtag brand korang... dan pastikan posting tu di set kan kepada public supaya orang yang bukan friends atau followers korang pun boleh nampak posting tu...

So sekarang ni aku nak tahu apa hashtag yang korang selalu guna setiap kali buat posting kat facebook atau instagram atau twitter...

Follow Instagram @Lan_careno (klik)
Add Facebook Lan Careno (klik)

Labels: