Kaio Studio - Dari Malaysia kini ke serata dunia

Korang dah baca belum entry Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari yang aku dah story sebelum ni... klik sini, sini dan sini untuk baca...

Program 3 hari 2 malam ni memang terrrrr sangat happening dan meriah... dan untuk memastikan segala moment indah tu di tersimpan baik sebagai kenang-kenangan, Kaio Studio telah bertindak sebagai videografer dan fotografer rasmi sepanjang program tersebut untuk merekod semua kenangan terindah tu...



Haaaa... ni adalah instagram rasmi Kelab Blogger Ben Ashaari (klik untuk follow)... sepanjang program tu jugak Kaio Studio ade buat live update dari lokasi kejadian... serius gambar diorang memang terbaek wehhh...

Ni pulak video Family Day KBBA dari Kaio Studio...

Sangat sangat puas hati dengan hasil gambar dan video dari Kaio Studio... Kalau korang nak tahu Kaio Studio ni bukan calang-calang punya photographer... Tahun 2012, bermula sebagai seorang yang minat photography dan videography, Kaio Studio kini berkembang sebagai satu team yang semakin gah dalam dunia photography...

Masa mula-mula dulu, Kaio Studio banyak shoot video dan photo untuk filem pendek, muzik video dan jugak untuk majlis perkahwinan tapi sekarang dan berkembang bukan jer dalam Malaysia tapi hingga ke luar negara...

Photoshoot Ungku Ismail Aziz di Cairo
Photoshoot Kaio bersama Anuar Zain di Paris
Video Anuar Zain dari Kaio Studio

Hasil gambar Kaio bersama Dato' Siti Nurhaliza
Perghhh... bangga siot bile Kaio Studio jadi official photographer untuk event KBBA kali ni sebab diorang punya pencapaian bukan biase-biase... Memang sesuatu yang boleh dibanggakan...

Antara pencapaian Kaio Studio :
1. Cover Magazine Photoshoot with Anuar Zain in Paris
2. Mothers Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
3. Lumiere Fashion Show, MiTC Melaka
5. Jubah Eisa by Ezuwan Ismail feat. Ungku Ismail Aziz Videoshoot in Cairo, Egypt.
6. Ceres Jewels Bollywood Gala Night
7. Pure Lens by Mawar Rashid.
8. Official videogreapher for IMBAS by Zawara Fashion Show 2015
9. Islamic Fashion Festival Kembara Nazneen 2012, Perlis.
10. Korporat video ICON OFFSHORE Sdn Bhd

Baru-baru ini Anwar Abdullah iaitu pengasas Kaio Studio telah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine Malaysia dan melayakkan Kaio Studio untuk tugasan video-video bersama Majalah Glam seperti behind the scene photoshoot dan lain-lain...


Huh... power power... patut la Saiful Nang Academy of Photography pun jemput die untuk berkongsi ilmu videography dalam kelas diorang... Selain tu, Kaio Studio jugak giat melatih perintis-perintis baru photographer dan videographer melalui kelas-kelas yang dianjurkan dengan kerjasama Clora Studio dan rakan videographer Nasrullah Napi baru-baru ini...

Jadi kalau korang dok mencari photographer atau videographer untuk majlis kornag tak kisah la majlis korporat ke, wedding ke, nak buat music video ker atau ape2 jer... boleh la contact Kaio Studio...

Boleh chek detail Kaio Studio kat bawah ni...

Website : www.kaiostudio.com
Instagram : www.instagram.com/kaiostudio
Youtube :  www.youtube.com/kaiostudiotv
Twitter : www.twiiter.com/kaiostudio
Facebook : www.facebook.com/kaiocreativestudio

Atau follow Kaio secara personal di www.kaio.my dan www.instagram.com/kaio_my



Labels: , ,