Muzik Terapi dalam filem Pontianak Menangis

Korang pernah tak dengar alunan muzik dari gergaji... Yer laa... gergaji yang guna untuk potong papan tu... Kalau tak pernah meh layankan dulu muzik ni sebab nanti aku nak cerita apa kaitan muzik ni dengan film Pontianak Menangis...


Haaa...  mule-mule dengar macam seram pun ade gak... hahaha... tapi sebenarnya ni adalah muzik terapi yang menjadi sound track filem Pontianak Menangis... serius memang terpaku dan kagum bila aku tengok dan dengar sendiri persembahan ni masa Tayangan Perdana filem Pontianak Menangis baru-baru ni... memang terbuai dengan alunan muzik yang dihasilkan dari gergaji ni...

Untuk pengetahuan korang, pemuzik yang dalam video kat atas tu adalah Haji Ismail Jejaka yang merupakan penerbit dan pengarah untuk filem Pontianak Menangis... Beliau adalah pemuzik penggesek gergaji yang memegang rekod dalam World Guiness Of Record... Gesekan gergaji ni menghasilkan frekuensi muzik terapi yang membantu pemulihan kesihatan dan tekanan terhadap manusia... Ni menang diakui oleh pakar pemuzik seluruh dunia... Haaa... hebat giler kan...



Pontianak Menangis adalah terbitan sulung Heart N Soul Sdn Bhd dan juga arahan pertama Haji Ismail Jejaka... Film ni bergenre komedi seram dengan gabungan pelakun dari Malaysia dan Indonesia...

Meh aku citer sikit sinopsis filem ni... Kesahnya pasal pontianak  yang sering berkeliaran di seluruh kampung setiap malam dan dalam masa yang sama jugak berlaku banyak kes kecurian... Jadi penduduk kampung berpakat untuk cari penyelesaian isu tuu... Masa mesyuarat bersama penduduk kampung, Din Kelentong lakonan Soya bagi cadangan untuk menggunakan khidmat pakar pengusir pontianak dari Tanah Jawa yang dikenali sebagai Raja Paku...

Disebabkan nak panggil Raja Paku kat Tanah Jawa tu jauh sangat, Din Kelentong bagi idea kat kawan baik dia iaitu Mat Yeh lakonan Yassin untuk menyamar sebagai Raja Paku... Dalam proses nak menghalau pontianak tu laaa si Mat Yeh ni boleh pulak jatuh cinta dengan pontianak tu... Haaaa... dah tu macam mana kesahnya kannn... korang kena laaa layan sendiri... 

Bagi aku filem ni sangat ringan dan sesuai untuk santai-santai... takde part terkejut opocot... seram tu sikit jer... boleh dikatakan lebih kepada komedi... Ada banyak part lagi yang perlu dipertingkatkan dan diperkemaskan dari segi kualiti dan plot cerita supaya cerita ni betul-betul seram dan kelakar... Keunikan Pontianak Menangis ni adalah muzik terapi yang menjadi latar belakang filem ni...


Apapun korang boleh tengok sendiri kat pawagam seluruh Malaysia bermula 1 Oktober 2015... dannnn filem ni jugak akan ditayangkan serentak diseluruh pawagam di Indonesia... Kalau dah tonton tu jangan lupa sertai peraduan Tonton dan Menang filem Pontianak Menangis untuk berpeluang memenangi sebuah kereta Perodua Axia...

Detail boleh rujuk di Instagram Pontianak Menangis (klik)

Terima kasih Heart N Soul Sdn Bhd sebab sudi menjemput kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari untuk sama-sama menonton Tayangan Perdana baru-baru ini...

Labels: , ,