Kenny Rogers Roasters ada menu baru

Kenny Rogers Roaster (KRR) kini ada menu terbaru Kenny's Honey Glazed Chicken seperti dalam gambar bawah ni...

Korang lapar tak? Kalau tak lapar apa kata try tenung gambar ni lama-lama... hahahaha... 

Sedap giler wehhh... menu kat Kenny Rogers memang tak pernah mengecewakan aku... nampak ayam die dok bergolek dalam kebuk pembakar tu memang boleh buat nafsu makan aku jadi huru hara... hahaha...

Semalam aku dengan family sempat la ke majlis santai blogger dengan pihak Kenny Rogers Roasters kat Times Square untuk cuba menu baru diorang, Kenny's Honey Glazed Chicken... Secara jujur memang aku suke sangat dengan menu terbaru ni... ayam yang dipanggang disalut dengan madu memang serius sedappp... dan paling penting konsep ayam rendah kalori tu masih dikekalkan malah ada khasiat tambahan dari madu...

Akiff pun cakap sedap... die tu cerewet bab makan tapi semalam bile die rasa ayam yang ada madu tu kemain mintak nak banyak... aku dengan Miss Permaisuri kena share bagi ayam kitorang kat die sorang sikit... rasa macam nak mintak extra sepinggan lagi tapi malu lak... kehkehekeh... takpe, minggu depan kite repeat balik... kena ambik sorang sepinggan... takmo share...

Ehhh haaa... Nah Azif tunjuk kertas menu tu... harga bagi aku memang munasabah ia... ade 3 pilihan iaitu Honey Glazed Chicken Meal, Honey Glazed Chicken Lite Meal dan Honey Glazed Chicken Soup Meal... pilih sendiri nak yang mana...

Ais krim single happiness ni boleh add on dari set tu... 

Akiff kusyuk layan ais krim... 

Haaa... Muffin kat Kenny Rogers ni memang berhantu.,.. sebab kalau korang dah rasa sekali kompom jadi macam aku, lalu jer depan Kenny Rogers mana-mana mesti nak singgah tapow muffin die... pelik lak aku sebab sedap die tu lain macam bile makan panas-panas... sorang sebijik memang tak cukup...

Memang selalu ramai jer yang tapow muffin tu...

Nyummmm... sedappppp...

Antara blogger yang ada semalam... Thanks Kenny Rogers Roaster sebab sudi jemput aku sekeluarga dan jugak rakan-rakan blogger lain untuk test menu terbaru diorang.. memang sedapppp!!!! Korang jangan lupa try menu terbaru Kenny's Honey Glazed Chicken ni cepat sebab menu ni bukan permenant kat situ... Limited time only!!!... Lebih kurang 2 bulan jer menu ni ade... lepas tu dah takde lagi dah... rugi kalau tak sempat try... So, cepat-cepat ke Kenny Rogers Roaster untuk cuba kesedapan menu ni sendiri...

Haaaa... sempena dengan promosi Kenny's  Honey Glazed Chicken ni, pemegang kad KRR boleh menikmati diskaun 5% dari keseluruhan bil dengan pembeliaan Kenny's Honey Glazed Chicken sekiranya membuat pembayaran melalui kad KRR tu... boleh juga add on Soup of the day & ice cream single happiness atau iced lemon tea dengan hanya tambahan RM3.50*...

Aku dah ada kad KRR ni... korang bila lagi? Hehehe... Banyak benefit bile ade kad ni... Nak tahu lebih info pasal kad ni boleh klik sini...

Untuk info lanjut dan promosi terkini boleh layari :
www.krr.com.my (klik)
Facebook Kenny Rogers Roasters (klik)

Labels: , , ,