Sarung kulit ular ada dalam rumah

Fuhhh... Tarik nafas kejap sebelum nak cerita ni... Perasaan masih tak tenang memikirkan sarung kulit ular yg Miss Permaisuri jumpa kat dalam rumah ni... Die jumpe kat depan pintu bilik air menghala ke dalam bilik yang kitorang jadikan bilik stor...

Kalau tengok kepada saiz sarung kulit ular ni memang kecik jer tapi bab binatang berbisa ni bukan diukur dari segi saiz... Jangan memain oii... Kite tak tau tahap biasa dia macam mana... Huhuhu.. Bila terbayang ular ni dok menumpang dalam rumah lagi la buat aku serammm...

Aku ada tanya rakan-rakan kat what'sApp dengan rakan-rakan facebook pasal terjumpa sarung kulit ular ni.. Ramai yang suruh aku taburkan belerang dalam rumah untuk halau keluar kalau-kalau ular tu masih ada dalam rumah... Ada yang kata tabur garam kasar pun ok..

Tapi mak aku dengan mak mertua cakap suruh aku letak buah limau purut sebab bau limau purut pun boleh halau ular jugak...

Tapi idea abah aku lagi best... Dia suruh aku call Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mintak tolong diorang chek... Abah aku citer yang jiran rumah abah kat kampung pun pernah jumpe sarung kulit ular dalam rumah jugak.. Die call talian kecemasan untuk mintak bantuan sebab bimbangkan keselamatan ahli keluarga dalam rumah... Pastu JPAM datang chek dan selongkar dalam rumah tapi tak jumpe ape pun... Lepas diorang kate rumah dah selamat baru la rasa tenang...

Aku pun try la perkara yang sama... Aku call talian kecemasan 112 untuk mintak bantuan... Pastu pegawai JPAM yang ambik report aku tu cakap akan hantar staff ke rumah aku untuk chek keadaan dalam rumah... Lepas 5 jam aku tunggu tak jugak sampai... Cisss... Mungkin ada kejer lagi kritikal agaknya...

Aku try call balai bomba terdekat dengan rumah pulak untuk mintak bantuan... Tak sampai 15 minit bomba dah sampai kat rumah... Aku tunjuk sarung kulit ular tu kat diorang dengan lokasi aku jumpe sarung tu... 

Lepas diorang selongkar bilik tu takde lak lak jumpe ape-ape... Pastu diorang try investigate laluan ular tu... Die kate kemungkinan die masuk melalui floor trap dalam bilik air aku yang tak tertutup... Hurmmm... Mungkin jugak kann sebab kedudukan sarung tu memang laluan dari dalam bilik air nak ke store... Lepas ni kena sentiasa beringat tutup floor trap dalam bilik air tu.. Huhuhu

Sebelum balik abam bomba tu ada cakap sesuatu yang sedikit menenangkan jiwa aku... Katanya ular kecik ni bukan jenis yang datang menumpang kasih sayang kat rumah kitorang... Biasenyer die tersesat sampai masuk dalam rumah tapi die takkan stay lama... Die akan keluar balik ikut laluan die masuk tu... Lega sikit la bile dengar die cakap macam tu... Harap-harap betul la ular tu dah keluar dari rumah aku...