Giant Panda Zoo Negara Sambut Birthday Ke-9

Kelab Blogger Ben Ashaari beraktiviti lagi... kalau dulu kitorang dah kecohkan Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (klik)... tapi kali ni Zoo Negara pulak kecoh dengan kehadiran keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari...


Seawal jam 9 pagi kitorang dah berkumpul depan pintu masuk Zoo Negara... Akiff dah tak sabar-sabar nak masuk zoo... Ni kali kedua Akiff ke Zoo Negara... Zoo Taiping pun pernah sekali.. Zoo Melaka pun pernah dah... Akiff umur baru 4 tahun tapi dah banyak kali dah masuk zoo... Cuma visit kali ni agak istimewa sebab kedatangan kitorang dijemput oleh Zoo Negara dengan kerjasama Cosmoderm dan Food Panda sebagai rakan penaja untuk program Blogger Days Out..

Motif utama program kali ni adalah untuk meraikan birthday panda gergasi yang ada kat sini... Sebelum majlis hari jadi bermula, kitorang di bawa melawat sekitar zoo untuk melihat sendiri haiwan-haiwan yang ada...

Banyak sebenarnya gambar yang ada hari tu tapi aku share sikit jer laa ehhh...

Ada juga pertunjukan haiwan... seronok tengok reaksi Akiff layan show ni...

Dan acara utama pastinya berjumpa dengan panda gergasi di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara...


Semua dah teruja dan tak sabar nak tengok dak comel Fu Wa iaitu panda gergasi jantan yang kini bermastautin di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara... Nak masuk tengok panda ni kena bayar berasingan k... dan ada waktu-waktu tertentu kalau nak masuk sini... dan ade limited guest jugak sekali masuk... tak boleh menderu masuk sesuka hati macam tengok binatang lain... dan dalam tu jugak tak boleh buat bising... cakap pun bisik-bisik jer...

Mulanya aku agak pelik jugak kenapa panda ni diberikan status VIP kat Zoo Negara berbanding haiwan lain... yer laa kannn... die punya tempat kurungan memang agak exclusive dan cantik giler...

Rupanya Fu Wa adalah panda gergasi yang dipinjamkan oleh kerajaan China kepada Zoo Negara selama 10 tahun sebagai simbolik jalinan hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia - China... Sebab tu la kena jaga bebetul ibarat menjaga hubungan diplomatik kedua-dua negara laa...

Selain Fu Wa, ada seekor lagi panda gergasi betina iaitu Feng Yi tapi Feng Yi kena kuarantin sebab masih dalam pamntang.... baru melahirkan baby panda... sayangnya kitorang tak dapat nak tengok Feng Yi dengan baby panda tu... 


Atas ni haaa tempat tinggal Fu Wa dengan Feng Yi... kemain lawooo dan agak besar kawasan die... kalau ada 7 8 ekor kan besttt... hehehe... tempat ni  memang dibina ikut habitat asal die... suhu dalam ni pun sejuk dan nyaman bagi menyerupai keadaan cuaca tempat asal keturunan panda... sebab tu la panda kat Zoo Negara ni boleh beranak pinak kat sini...

Excited weh dapat tengok panda real depan mata... bukan Akiff jer excited... aku yang dah 'remaja' ni pun tumpang teruja...

Dalam beratus beribu jenis binatang yang ada kat Zoo Negara, hanya panda ni jer yang aku rasa teringin nak peluk... hehehe... comelll wehhh... muke die memang tak garang langsung...

Bagi meraikan hari jadi Fu Wa yang ke-9... Zoo Negara ada buat majlis ringkas untuk Fu Wa... ade kek dengan decorasi khas untuk panda gergasi ni... Gambar atas ni adalah ketika petugas Zoo Negara sedang hias dan deko meja makan Fu Wa... ade kek khas seketul untuk dia kat situ...

Huh... kemain pelahap si panda ni... muke jer comel tapi makan bersepah... huh...

Ok jom tengok antara aksi Fu Wa masa sambutan hari lahir dia hari tu...

Kemain possing...


Terima kasih Zoo Negara(klik) sebab bagi peluang kat aku dengan Akiff dan jugak rakan-rakan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari untuk melihat sendiri panda gergasi yang kini menjadi tarikan utama Zoo Negara...

Terima kasih juga kepada penaja bersama iaitu Cosmoderm(klik) dan Food Panda(klik) sebab menyokong aktiviti komuniti blogger seperti kami... lepas ni harap ada banyak lagi syarikat korporat yang sudi menaja aktiviti kami... hehehe....

InsyaAllah... lepas ni aku akan datang lagi ke Zoo Negara dengan adik-adik Akiff pastinya...



Labels: , , , , ,