Salam Aidilfitri... Mood Raya, Blog Raya

Rasa macam lama pulak aku bercuti update blog... nasib baik tengah musim raya, boleh bagi alasan mood raya la kann... hehehe... Serius cakap yang mood update blog aku agak ditepian pantai sejak akhir-akhir ni... nasib baik belum ke laut...

Okeh... kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca Blog Abah Careno sama ada yang mengenali aku secara personal atau yang hanya mengenali aku melalui alam maya ni jer... aku mohon ampun maaf andai ada tulisan atau kata-kata aku yang menyindir, melukai atau mengguris hati dan perasaan korang... maaf bebanyak k... kadang-kadang jari ni rancak menaip sampai terlupa nak jaga hati yang membaca...

Aku jugak mohon ampun maaf andai ada perkongsian aku kat blog ni tidak memenuhi informasi yang korang harapkan atau ada informasi yang aku kongsikan dalam blog ni tidak tepat... kalau ada info yang tak betul tu harap maklum ia bukan disengajakan...


Raya kali ni belum sempat nak bergambar 1 family sebab Miss Permaisuri masih dalam pantang... Akiff pulak 'sebok' melayan tetamu start pagi raya sampai ke petang... Lagi pun start pepagi raya ade jer tetamu datang rumah... tak sempat nak possing-possing pun... huhuhu..


Tema raya kami tahun ni adalah lavender... Baju aku, Akiff dengan Miss Permaisuri semuanya beli online jer... zaman dah berubah kann... beli online lagi banyak pilihan... cuma baju Azif jer takde, sebab mahal sangat... nak beli romper baju melayu untuk Azif tapi mahal sangat pulak... tak berbaloi sebab nak pakainya kejap jer... So, raya tahun ni Azif belum ada baju melayu...

Haa... raya kali ni aku buat menu special di pagi raya... 1st time try buat menu tradisi negeri Sarawak ni... Manok pansuh...

Tu kat belakang aku yang tengah bakar tu... itu bukan lemang tau... next entry aku bagi tau mendalah ape dalam buluh tu...



Labels: