OPPO R7 Series - Spesifikasi Tinggi Dengan Harga Rendah

OPPO R7 Series dah masuk pasaran Malaysia oiii... aku berkesempatan hadir majlis pelancaran smart phone tercanggih ni di Hotel Shangrila pada 7 Julai lepas dan apa yang boleh aku katakan, handphone ni buat aku rasa Samsung Note II yang aku pakai ni dah outdated sangat-sangat... huhuhu... demmm...


Masa majlis ni, Miss Candice Liu iaitu CEO Assistant of OPPO Malaysia ada menerangkan secara detail dengan bantuan visual apa yang hebatnya tentang OPPO R7 Series ni... Serius aku rasa teruja giler nak dapatkan phone ni bila dah tahu pasal spesifikasi phone ni yang bagi aku telah di'improve' dari pelbagai aspek...

Bila dah dinamakan blogger ni, antara perkara utama yang aku tengok kat handphone semestinya  camera phone tersebut... dan OPPO R7 Series memang memenuhi kehendak aku... Dengan 13 Megapixel camera belakang dan 8 Megapixel camera depan sangat-sangat memberikan hasil yang terbaek...

Batery OPPO R7 Series jugak memang terbaekkk... tambahan pulak ade ciri VOOC Flash Charge iaitu korang hanya perlukan masa yang pendek jer untuk charge handphone... bayangkan dengan hanya 5 minit charge korang mampu berbual selama 2 jam... lepas 2 jam charge lagi 5 minit pastu berbual lagi 2 jam... Perghhhh...
 power...
Dari segi rupabentuk memang cun habisss... nampak elegen dan exclusive... ringan lak tuuu...

OPPO R7 Series ni didatangkan dalam dua spesifikasi... OPPO R7 Lite dan OPPO R7 Plus... spesifikasi bagi kedua-dua handphone ni korang boleh refer jadual kat bawah ni...

Hah... macam mana dengan spec OPPO R7 ni? Powerrrr giler kannn... dengan spec macam ni mesti korang ingat harga phone ni mahal kannn... Hehehehe... Tak mahal weiiii... OPPO R7 Lite hanya berharga RM1,298 termasuk GST manakala OPPO R7 Plus pulak RM1,998 termasuk kos GST... Berbaloi kannn...

Korang boleh buat pre-orders kat OPPO Stores atau pun melalui website rasmi OPPO (www.oppo.com/my) bermula 11 Julai 2015...

Thanks OPPO sebab jemput aku dan rakan-rakan #KelabBloggerBenAshaari ke majlis pelancaran R7 Series... tak pasal-pasal OPPO R7 Plus kini dah termasuk dalam wish list aku tahun ni... hehehe... harap dapat sambar seketul sikit masa lagi... 

Maklumat lanjut layari www.oppo.com/my




Labels: , , , , ,