Minyak Kelapa Dara Bantu Elak Baby Kuning

Tiap kali mengandung memang Miss Permaisuri ada ambik suppliment untuk nutrien tambahan baby dalam kandungan.. Apa yang dimakan masa mengandungkan Akiff dulu, time ngandungkan Azif ni pun consume benda yang sama jugak... 

Cuma yang bezanya dulu masa ngandungkan Akiff takda pulak amalkan minyak kelapa dara tapi kali ni Miss Permaisuri ambik minyak kelapa dara lepas dah tahu khasiat dia yang macam-macam tu terutama untuk ibu mengandung...

Miss Permaisuri suruh aku belikan minyak kelapa dara untuk dia... kebetulan pulak ternampak kat timelines facebook Ben Ashaari ada share pasal minyak kelapa dara jenama D'aura... teruslah aku merisik tanya pasal Virgin Coconut Oil (VCO) D'aura tuu...


Apa lagi aku pun... mula-mula try beli sebotol... lepas tu beli lagi dan lagi... sebab soft gel minyak kelapa dara ni tak berbau dan takde rasa... jadi Miss Permaisuri nak telan pun takde la rasa apa-apa... klau yang ada bau dan rasa berminyak tu nanti dia akan rasa loya nak muntah... tapi yang ni ok jer...

Antara khasiat minyak minyak kelapa dara untuk ibu mengandung adalah mengurangkan 'morning sickness', memudahkan bersalin, mencantikkan kulit bayi, melebatkan rambut baby, mencegah sakit kuning atau 'jaundice' lepas bersalin dan yang paling penting adalah memberikan kesihatan yang baik kepada bayi...


Sebenarnya banyak lagi kebaikan VCO ni tapi pandai-pandai la korang google sendiri ehh... dulu aku pun main google jer nak tahu khasiat dan kebaikan die... cume entry aku ni aku nak bagi sikit testimoni...

Alhamdulillah dengan kuasa Allah baby Azif takda jaundice atau sakit kuning lepas bersalin hari tu... hampir takda langsung... tak kena lepak bawah lampu biru... tak kena ulang-alik pegi chekup dan tak perlu bagi makan atau minum ikut petua orang dulu untuk kurangkan kuning... syukur sangat...

Tau jer la kan zaman sekarang ni... boleh dikatakan hampir semua baby yang lahir akan kena sakit kuning tapi Azif takde... dah la baby Azif ni G6PD Deficiency yang mana sangat berisiko bila kena jaundice...

Masa Akiff dulu tinggi jugak kuning dia... dah keluar wad lepas tu kena masuk wad balik sebab kuning tinggi... sedih tengok dia kena jemur bawah lampu biru tuu... huhuhu...

Hmmm... Sampai sekarang Miss Permaisuri memang consume VCO dari D'aura ni sebab mendalah ni membantu merawat luka dalaman lepas bersalin dan membanyakkan susu ibu...

Aku pun sekarang dah start ambik minyak kelapa dara sebab kulit aku jenis kulit sensitif... tunggu sikit hari lagi nak tengok perubahan kat aku lak...



Labels: , ,