Gambar Pertama Azif Zafri Dalam Blog Abah Careno

Dalam entry Pantang 44 Hari Dari Upload Gambar Baby Ke Facebook (klik) aku ada kongsi pasal permasalahan Al Ain... korang boleh baca kat entry tu kenape aku tak publish gambar Azif kat mana-mana media sosial lagi sebelum ni...

Walaupun hati ni nak sangat berkongsi kegembiraan menerima ahli keluarga baru kat media sosial...tapi aku tahan keinginan tu demi baby Azif... 

Hari ni genap usia Azif 45 hari dan untuk pertama kali ni aku nak share gambar Azif kat dalam blog aku ni...


Gambar yang aku ambik ni masa umur Azif 10 hari... rambut lebat lagi time ni... sekarang dah botak dah... hehehe...

Kalau korang nak tahu, Azif ni jenis yang susah nak menangis masa dalam pantang hari tu... suara emas agaknya... kalau dia lapar die juz merengek sikit-sikit jer... nak meraung tu memang jarang sangat... ada sekali tu die nangis meraung masa hari cukur kepala... ada luka sikit kat kepala dia masa tu... aku kalau geram sangat nak dengar suara dia aku akan kacau dan gomol-gomol dia bagi dia nangis... wakaka...

Masa Azif lahir hari tu pun Alhamdulillah sebab dia tak kena jaundice atau sakit kuning... Fuhhhh... selamat la Azif dari kena jemur bawah lampu biru tu... 


Labels: ,