Mensive Hair Tonic Bantu Atasi Pelbagai Masalah Rambut

Fuhhh... lama aku bercuti ber blog... 2 minggu jugak blog aku tak berhapde...sibuk dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga... keluarga dah makin besar dan aku makin berusia... huhuhu... bile dah makin berusia ni, ciri-ciri fizikal yang paling ketara berubah semestinya rambut ni la kannn... dahi aku pun dah makin luas ni... huhuhu... rambut putih tak yah cakap laa... dalam dok buat rambut pacak pun tersembul jugak uban-uban yang tak reti nak sembunyi dicelah-celah rambut-rambut hitam ni... Grrrr...


Alang-alang nak bercerita pasal rambut ni... aku nak kongsikan 1 produk penjagaan rambut iaitu Mensive Hair Tonic yang berfungsi mengurangkan minyak pada kulit kepala, mengurangkan kelemumur, mengurangkan pertumbuhan uban, menguatkan akar rambut disamping mengurangkan rambut gugur dan jugak membantu pertumbuhan rambut baru...

Mensive Hair Tonic adalah tonic rambut pertama yang berasaskan air... biasanya tonic rambut yang ada kat pasaran menggunakan gel atau serum tapi hair tonic yang ni berasaskan air kerana boleh meresap 25 kali lebih serapan ke akar rambut... jadi kite akan rasa lebih selesa bila memakainya... lebih-lebih lagi dengan cuaca kat Malaysia ni yang panas... 


Mensive Hair Tonic dibuat menggunakan teknologi ekstrak terkini dan kaya dengan ekstrak herba bermutu tinggi seperti ginseng, apple stemcell, limau purut, avocado, kelapa dara, jojoba dan buah pala... rasanya semua pun tahu kan yang khasiat ginseng dah terbukti sejak zaman kuno cina lagi untuk membantu memelihara dan merawat masalah rambut... Apple stemcell pulak adalah penemuan baru saintis mengenai kebaikannya terhadap kesuburan rambut...

Sekarang ni selain keberkesanan sesuatu produk, faktor lain yang orang selalu tengok adalah cara penggunaan produk tu sendiri... kalau agak rumit boleh menyebabkan kita sendiri pun jadi malas nak menggunakan sesuatu produk tu.. tapi untuk Mensive Hair Tonic ni... cara pemakaian dia sangat simple... lepas mandi dan dah keringkan rambut... juz spray jer ke kulit kepala... lepas tu urut sikit dan biarkan dia serap ke akar rambut... tak perlu shampoo pelebat... tak perlu serum pelebat... cukup dengan 2 atau 3 kali spray dari Mensive Hair Tonic ni jer... Tak susah pun kannn...


Dah lepas spray tu jangan risau berbau pulak sebab tonic rambut ni berbau wangi dan memberikan kesegaran sebab kulit kepala akan rasa sejuk dan berangin jer... keberkesanan tonic ni boleh dilihat sepantas 14 hari selepas menggunakannya...

Tak caya meh baca tengok antara testimoni pengguna produk Mensive Hair Tonic ni...


Mensive Hair Tonic adalah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (No. KKM : NOT150100714K)... Sebotol 60ml Mensive Hair Tonic boleh tahan hingga 2 bulan... produk ni sesuai untuk lelaki atau wanita...

Kalau berminat nak cuba boleh hubungi Facebook Mensive Hair Tonic (klik) atau Instagram Mensive (klik) atau layari www.mensive.my untuk maklumat lanjut... Boleh juga hubungi 011-1322 9050 untuk tempahan atau pertanyaan...


Labels: , ,