Blogger's Day Out - Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya Havoc!

Blogger's Day Out 2015... Fuhhhh... dah boleh tarik nafas panjang dah sebab event ni berjaya dengan lancar cuma aku jer yang lambat update entry... hehehhe... Tahniah Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA)...

KBBA Blogger's Day Out (KBDO) ni dapat kerjasama dan sokongan penuh dari Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dan juga Cyberview Sdn. Bhd... diorang selaku penaja utama telah menyediakan lokasi yang bagi aku sangat menarik untuk program riadah sekeluarga... kalau nak tahu ape aktiviti yang boleh dibuat kat Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni boleh klik sini...

Ni merupakan program terbesar pertama yang dianjurkan oleh Kelab Blogger Ben Ashaari... sebelum ni kalau ada aktiviti pun penyertaan sangat terhad... tapi aktiviti KBDO kali ni penyertaan dibuka untuk 50 Blogger yang digalakkan untuk datang bersama pasangan dan keluarga...

Jam 8 pagi dah start pendaftaran... urusetia kemain muka berseri-seri walaupun berminggu dah bekerja keras menguruskan program ni... Hmmm.... setiap blogger yang mendaftar diberikan tshirt dan goodies bag yang penuh dengan macam-macam produk dari pihak penaja... kemudian blogger diagihkan kepada 4 team secara rawak...


Program dimulakan dengan senamrobik yang diketuai oleh Blogger Fatin... kemudian ada ucapan dari wakil Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya... then aku selaku wakil KBBA dan wakil urusetia program KBDO bagi taklimat ringkas tentang perjalanan program sepanjang hari tuu...

Okeh jom tengok aktiviti pertama kitorang hari tu... Main golf!!! Setiap orang perlu buat pukulan bola mengikut giliran... Game ni tak mencari pemenang pun... juz nak tengok macam mana gaya blogger main golf... memang happening giler game ni... penat gelak oii tengok aksi semue orang... gaya kemain hebat... tapiiiiiiii bola tak kemana pun... hahaha... susah rupenyer main golf ni kalau yang tak biasa tu... aku pun 1st time main golf...

Ni haaa gaya aku... memang out terus la kannn... hahahaha...

Riuh rendah jugak la kat driving range situ angkara bebudak blogger dok berkampung... brader brader yang datang beriadah situ pun tumpang gelak sekaki tengok aksi kitorang... tak tenang diorang nak melibas bola golf tuu... Korang yang berminat nak belajar main golf boleh datang kat sini... Boleh contact Alreza Golf Academy (011-261 43055 / 03-8318 0008) sebab diorang ade package untuk Golf Lesson...

Habis golf kitorang terus gerak ke dalam dewan pulak untuk aktiviti kedua... Badminton ala blogger... stress giler aku dok bertekak dengan Ben Ashaari sebab creat game yang bagi aku merapu giler... hahaha...

Untuk game badminton, setiap pasukan kena hantar 6 orang masuk ke dalam gelanggang... Huih... 6 lawan 6 kooo... dan lebih giler lagi bila setiap pasukan hanya boleh guna 1 raket jer... 6 player kongsi 1 raket... lepas tu setiap orang tak boleh pukul 2 kali berturutan... maksudnya lepas pukul bola tu terus kena passing riket kat team mate lain... hahahaha... susah giler game ni...

Mule-mule aku tak setuju sebab macam mustahil jer game gini.. agak kelam kabut gak nak biasakan dengan rules game ni... tapi lepas beberapa kali main baru la ok.. memang fun giler... penat gelak oiii tengok game ni...


Time ni masing-masing dah dapat rentak permainan dah... apa yang penting adalah komunikasi dan kerjasama... Haaaa... itu yang sebenarnya nak diterapkan dalam game ni... dan paling penting jugak adalah setiap game yang kami mainkan hari tu bukan untuk cari pemenang tapi untuk mengeratkan hubungan sesama blogger...

Habis game badminton kitorang bergerak ke litar go-kart... Semua game yang kitorang main ni dalam 1 kawasan tau... jalan kaki jer kat dalam Kelab Komuniti ni...

Mule-mule ade sesi taklimat keselamatan dulu... lepas tu masing-masing dah teruja nak memecut... aku join 1st team masuk ke litar... mula-mula agak cuak jugak sebab bontot sama paras dengan tar... hahaha... risau terbalik laa... risau kena langgar laa... tapi bile dah atas litar tu rasa seronok pulak... kemain lagi ambik lap... masa yang diberikan 10 minit tu rasa kejap jer...

Time geng-geng gugurl masuk litar kemain masing-masing feeling jenjalan bersiar-siar... hahahaha... itu pun ada gak yang terbabas masa selekoh sebab terlanggar devider... kehkehkeh...


Gambar atas ni  adalah para pelumba untuk penutup aktiviti go-kart... masa ni semua dah merasa main sorang sekali dah... tapi sebelum kitorang berhenti untuk lunch... set set atas ni mintak nak berlumba sekali lagi... kiranya yang ni perlumbaan untuk lepas geram... memang ngeri game last ni... semue dah naik hantu... bawak masing-masing macam geng Myvi... ehhh... Hahahhaa... Ade yang berpusing-pusing kat atas litar sebab laju sangat masa selekoh... tapi yang pastinya semua memang enjoy dapat merasa berlumba kat litar go-kart ni...

Korang yang nak try main go-kart kat Cyberjaya Karting Circuit ni boleh contact 03-8318 0008 untuk maklumat lanjut... rate kat sini RM60 untuk 40 minit... tak kesah laa berapa lap korang nak main tapi masa diberikan adalah 40 minit...

Habis go-kart masing-masing dah flat giler dah... perut pun dah lapar... masa untuk lunch dan berehat sebelum sambung dnegan aktiviti paintball...


Lunch kitorang hari tu ditaja dan disediakan oleh Bayou Coffe House... Serius memang terbaik menu yang dihidangkan hari tu... masakan kampung yang super duper sedap... Bayou Coffe House jugak ada menyediakan servis catering untuk sebarang majlis... next entry aku akan ceritakan lebih detail pasal Bayou Coffe House ni...

Okeh... ni game terakhir kitorang... lepas lunch, rest dan solat... kitorang berkumpul kat Cyberjaya Paintball yang jugak terletak dalam kawasan Kelab Komunity Taman Tasik Cybverjaya ni... sebelum start macam biasa ada taklimat keselamatan dulu...

Korang tengok gambar atas ni rasanya aku yang mana 1... hehehhee... team hari tu campur laki pompuan tau... so, nak main ni tak boleh ada rasa simpati... ko laki ke... ko pompuan ke... tembak tetap tembak... hahaha...

Mule-mule kitorang berperang kat field yang atas ni... SpeedBall field namanya....

Then 2nd round masuk field yang lebih real macam kat atas ni... urban Assault field... tapi field paling besar kat Cyberjaya Paintball ni adalah Jungle Field... yang tu tak sempat nak try sebab makan masa... yang dalam hutan lagi real sebab ada lubang, pokok, semak samun segala bagai... aku dah pernah main field yang dalam hutan kat sini sebelum ni... memang sepanjang masa neves... hahahha...

Yang nak rasa pengalaman menarik kat Cyberjaya Paintball ni boleh  contact 012-606 6255 atau emailkan ke info@cyberjayapaintball.com atau boleh jugak layari www.cyberjayapaintball.com ...

Habis game kitorang berkumpul untuk majlis penutup... Ben Ashaari ada bagi ucapan penghargaan kepada semua yang hadir dan menyokong Kelab Blogger Ben Ashaari... katanya kejayaan program KBDO ni membuktikan yang KBBA bersedia untuk menganjurkan program yang lebih besar selepas ini... 

Terima kasih untuk sponsor-sponsor yang menaja hadiah untuk lucky draw dan goodies bag hari tu... semua yang datang takde yang balik tangan kosong..


Terima kasih untuk semua penaja yang menaja program KBDO hari tu...

www.yeos.com
www.cosmoderm.com.my
www.crazycrunchy.com/pengedar
www.natalia.my
www.stampnprint.blogspot.com
www.cyberview.com
Kelab Komuniti Cyberjaya
Azwar Kamaruzaman
Bayou Coffee House


Labels: , , ,