Bayou Coffee House - Masakan Catering Cyberjaya Yang Awesome

Dalam entry yang sebelum ni aku ada story pasal KBBA Blogger's Day Out (KBDO).. klik sini untuk baca... Penaja lokasi untuk event tu adalah Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dan penaja untuk makan minum kitorang hari tu adalah dari Bayou Coffe House...


Kalau korang nak tahu... Bayou Coffee House ni memang terletak kat dalam Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ni... 

Cafe diorang memang bersih dan selesa... sesuai sangat untuk buat majlis kat sini...

Kalau korang cari menu kampung memang aku rekemen sangat kat sini sebab menu diorang memang sedap... aku sendiri dah rasa masa event hari tu... meh aku tunjuk lebih dekat menu-menu yang disajikan kat kitorang hari tu...


Hah... dah terliur ke? Wakaka... semue member yang merasa menu kat Bayou Coffee House ni sangat puas hati dengan menu yang disajikan hari tu... menu kampung die memang awesome...


Dah habis makan nak melepak borak-borak pulakk kannn... Nahhh... diorang sajikan sekali tapai pulut dengan cokodok pisang ni untuk kunyah-kunyah lepas makan... Huhuhuhu... membuncit perut sebab tak mampu berhenti makan...


Aku dah tak reti nak ekspresikan ayat aku ni macam mana nak gambarkan kesedapan menu hari tu... yang pastinya aku memang berani rekemen kat korang servis catering dari Bayou Coffee House ni sebab memang sedap...

Korang yang tercari servis catering area Cyberjaya dan Putrajaya ni aku memeng fully rekemen Bayou Coffe House ni... boleh hubungi 03-8318 0008 atau emailkan ke bayoucateeingcyberjaya@gmail.com


Labels: , , , ,