KidZania CongreZZ Kuala Lumpur 2015 Perkenal 20 Ahli Baru

Fuhhhh... Citer Akiff kat KidZania Kuala Lumpur baru jer habis update ni nak sambung lagi untuk 2nd visit Akiff baru-baru ni... Akiff betul-betul enjoy tiap kali aku bawak die ke sana... 14 entry aku buat untuk story pengalaman Akiff hari tu masa 1st visit... klik sini untuk baca... untuk 2nd visit ni nanti aku sambung citer lagi k...

Tapi untuk permulaan aku nak kongsikan dulu pasal Inauguration Day KidZania CongreZZ 2015 yang berlangsung baru-baru ni di KidZania Kuala Lumpur Theatre...


KidZania CongreZZ pada tahun ni dah masuk tahun ke-2... ia start diperkenalkan pada tahun lepas dengan perlantikan seramai 20 CongreZZ Kids yang telah dipilih dikalangan 200 penyertaan yang diterima... Musim untuk 20 CongreZZ Kids yang pertama dah habis dah... So, kali ni KidZania nak perkenalan next CongreZZ Kids untuk tahun 2015 pulak yang akan menggantikan CongreZZ Kids yang sebelum ni...

Ni adalah 1st CongreZZ Kids... Masing-masing menerima plug penghargaan dari KidZania Kuala Lumpur... Memang sesuatu yang boleh dibanggakan bila dapat plug dari KidZania ni...


Alahai comel jer masing-masing... diorang yang terpilih ni bukan calang-calang sebab nak jadi CongreZZ Kids perlu melalui beberapa peringkat saringan dan pemilihan yang sangat susah... mula-mula parents kena hantar resume... then yang mana terpilih perlu hantar rakaman video diorang pulak... diorang dinilai dari segi gaya, attitute, kebijaksanaan, percakapan dan macam-macam lagi melalui video tu... lepas tu yang mana berjaya lepas stage tu akan dipanggil untuk interview one to one dengan pihak KidZania... then yang terpilih kena berkempen untuk pilihanraya yang diadakan di KidZania Kuala Lumpur... Lepas tu baru la dilantik officially sebagai KidZania CongreZZ Kids... Fuhhhh...

Sepanjang tahun 2014, CongreZZ Kids yang dilantik ni telah membawa banyak pembaharuan dalam KidZania Kuala Lumpur... antaranya meletakkan poster sebagai bahan bacaan sementara menunggu giliran menjalankan aktiviti di dalam KidZania serta membentangkan aktiviti yang boleh dilakukan bersama ibu bapa... Oooo... maksudnya aktiviti kat Jadi Batek (klik) yang aku buat dengan Akiff masa 1st visit hari tu adalah idea dari diorang ni laaa... Thorbaek!

Selain tu CongreZZ Kids 2014 jugak ada melibatkan diri dalam program World Summit On Media For Children iaitu sebuah program pembelajaran bahasa Inggeris serta porjek alam sekitar iaitu Kid For A Greener World...

Pn. Susanah Abdul Rani, Governor of KidZania Malaysia and Singapore
Selesai upacara penghargaan kepada KidZania CongreZZ yang pertama, majlis kemudiannya diperkenalkan pula dengan KidZania CongreZZ yang baru dilantik untuk tahun kedua ni... Alahaaaaaiii... comel-comel jer masing-masing... diorang ni yang telah terpilih dari 260 permohonan yang diterima... Tahniah!


Diorang kemudiannya mengangkat sumpah sebagai KidZania CongreZZ yang baru dan lepas tu setiap CongreZZ Kids kena cop setujuterima untuk menandakan yang diorang kini secara rasminya bergelar KidZania CongreZZ Kids 2015...


Sebagai KidZania CongreZZ Kids... setiap seorang menerima sebuah bag pack, tshirt, lencana dan set alat tulis serta plug penghargaan. Selain itu, CongreZZ Kids juga diberikan pass masuk percuma setiap bulan dan bestnya diorang boleh bawa bersama 4 orang rakan lain... best kannnn...

Selain tu diorang jugak berpeluang terlibat dalam membuat keputusan untuk penambahbaikan aktiviti yang diadakan di dalam KidZania Kuala Lumpur...

So, untuk memudahkan pemahaman aku dan jugak korang pasal KidZania CongreZZ Kids ni... boleh aku simpulkan yang CongreZZ Kids ni ibarat duta KidZania ataupun pemerintah dalam kerajaan KidZania... diorang ni yang akan bertindak untuk menaikkan nama KidZania dan diorang jugak yang akan memastikan KidZania sentiasa fresh dengan benda-benda baru... Gitewwww....

Korang kalau nak baca banyak lagi cerita pasal KidZania Kuala Lumpur boleh klik sini...

Labels: ,