KBBA Blogger's Day Out 2015 - Semua dijemput

Hujung minggu ni Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) dengan kerjasama Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya dan Cyberjayaview Sdn Bhd akan mengadakan aktiviti bersama rakan-rakan blogger sempena Blogger's Day Out 2015...


Ramai yang tak tahu kat Cyberjaya ni ade port menarik untuk aktiviti riadah seisi keluarga... Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya (KKTTC) ni dekat jer dengan Universiti Multimedia... Nak cari tempat ni tak susah pun... boleh jer guna Apps Waze search Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya pastu nanti waze akan bawak korang teruuuuuus sampai ke tempat ni... KKTTC ni wujud sejak 2006 lagi... banyak fasiliti dan kemudahan untuk aktiviti sukan dan riadah yang ada kat sini... antaranya gelanggang futsal, gelanggang badminton, gelanggang tennis, gymnasium, driving range, sirkit go-kart, squash, basketball, paintball, dancing studio dan jugak pool... Fuhhhh... banyak giler... Oh yaaa... Cafe pun ada kay sini...

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya

Selain tu kat sini jugak ada kemudahan untuk buat majlis-majlis tertentu macam perkahwinan, pertunangan, reunion atau sebarang mesyuarat... keluasan ruang parking pun takda masalah sebab boleh menampung sehingga 700 pengunjung dalam satu-satu masa... Menariknya kat sini adalah servis catering juga disediakan untuk sebarang majlis... Kalau nak tahu lebih lanjut boleh berhubung jer terus  dengan pihak KKTTC ditalian 03-8318 0008 atau tengok sendiri di instagram @KelabKomunitiCyberJaya...

Okeh... berbalik kepada aktiviti yang telah dirancang iaitu KBBA Blogger's Day Out (KBDO) hari ahad ni... dijangka 100 blogger atau mungkin lebih yang akan hadir untuk aktiviti ni... antara aktiviti yang telah dirancang adalah driving range ataupun golf ala KBBA... pastu ada badminton, paintball dan jugak go-kart... yang menariknya game-game tu telah diubah konsep agar lebih menarik dan mencabar... Haaa... yang pastinya konsep tu semua akan jadikan setiap acara lebih happening dan meriah... Nak tahu konsep apa yang kitorang rancang ni dan macam mana happeningnya hari tu korang kena la datang sendiri... Ni bukan majlis tertutup yer... sape-sape nak datang pun boleh untuk memeriahkan KBDO tu nanti... boleh lah bersua kenal dengan ramai blogger yang selama ni dok berkenalan kat alam maya jer... 

Ehh... kalau dah datang tu nanti boleh ker nak main sukan-sukan tu jugakkk?... 
Disebabkan ni adalah program mega sulung dari KBBA jadi penyertaan untuk acara terpaksa di'limited'kan kepada yang berdaftar jer dulu untuk mudahkan urusan kelancaran program... Andaikata aktiviti kali ni berjaya dan suksessssss, InsyaAllah KBBA akan plan aktiviti yang lebih besar untuk penyertaan yang lebih besar dan terbuka...

Terima kasih kepada para penaja KBDO 2015 iaitu :

Cyberview Cyberjaya (www.cyberview.com.my)
Cosmoderm (www.cosmoderm.com.my)
Yeos Malaysia (www.yeos.com.my)
Stamp N Print Enterprise (www.stampnprint.blogspot.com)
Natalia (www.natalia.my)

Jangan lupa datang yer nanti... kite jumpe kat sana...


Labels: , ,