Tempat Pengguna Telekomunikasi Buat Aduan


Korang pernah tak ada masalah dengan mana-mana syarikat multimedia… tak kisah la dengan mana-mana telco ke… atau dengan mana-mana stesen tv ke… atau dengan mana-mana radio ke… atau pun dengan syarikat yang membekal talian internet…

Kalau ada masalah biasenye kite akan buat aduan kat syarikat tersebut kan… gigih call customer sevis untuk buat aduan… tapi sejauh mana aduan kite tu diberi perhatian oleh diorang… kalau tak settle jugak aduan kite tu kat mana lagi kite nak buat aduan?


Haaa… sini aku nak kongsikan dengan korang pasal Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM) iaitu sebuah organisasi di bawah Suruhanjaya Komunkasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Communications and Multimedia Consumer Forum of Malaysia (CFM)
Peranan utama CFM adalah sebagai tempat aduan untuk pengguna telekomunikasi & multimedia yang menghadapi masalah berterusan atau pun aduan yang tidak selesai walaupun telah membuat laporan di syarikat pembekal. So, melalui CFM ini lah kite nak panjangkan aduan kite tu…

Biasenyer aduan yang macam mana kita boleh rujuk kat CFM ni?

Contohnya bila kita hadapi masalah dengan caj yang dikenakan… tiba-tiba dapat bil yang mengenakan servis yang kita tak langgan atau pun caj diluar pengetahuan kita… perkara macam ni merupakan aduan yang paling banyak diterima…

Atau pun servis yang diterima tidak memuaskan… jenuh bayar bil beratus tapi servis ampehh… kelajuan internet tak seperti yang sepatutnya… atau talian telefon tak jelas…

Atau pun mungkin juga masalah seperti langganan servis sms dari mana-mana syarikat pembekal… yang ni pernah berlaku kat telefon mak aku… pelik jugak sebab kredit die selalu habis… rupenyer ade tolak caj setiap minggu untuk langganan game ape ntah… Grrr…

Kalau korang terkena atau terkeliru dengan mana-mana promosi yang melibatkan servis dari syarikat multimedia juga boleh buat aduan kat CFM ni… kadang-kadang masa promosi kemain lagi diorang promote, rupenyer ade term & condition yang tidak diterangkan dengan jelas… contohnya, katakana korang langgan data internet 20GB… kemain la seronok melayari internet… rupenyer 5GB jer waktu siang… selebihnya waktu malam time orang tido… masa promo tak dinyatakan dengan jelas pun… Haaa gituu contohnya…

Tapi korang kena ingat walau apa jua masalah harus diadukan kepada syarikat pembekal terlebih dahulu sebelum dirujuk kepada CFM… jangan terus terjah CFM tanpa melalui syarikat pembekal pulak…

CFM sentiasa bekerjasama dan berhubung dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan bagi membincangkan kes yang sering dihadapi oleh pengguna. Selain interaksi bersama penyedia perkhidmatan, CFM juga menggunakan Akta Komunikasi & Multimedia 1998 (AKM) dan Kod Amalan Am Pengguna sebagai asas penyelesaian sebarang masalah berkenaan isu yang dilaporkan…



Bagaimana nak buat aduan melalui CFM ni?

CFM ada beberapa saluran, dimana pengguna boleh akses portal www.aduan.cfm.org.my.  Kelebihan menggunakan portal ialah pengguna boleh memeriksa status aduan pada bila-bila masa. Selain tu, boleh  juga melalui talian  1-800-18-2222  atau  emelkan  aduan  ke aduan@cfm.org.my.

Maklumat lanjut serta tips tentang industri komunikasi dan multimedia boleh layari www.infokonsumer.my dan www.fb.com/consumer.forum.malaysia

Nak IPhone 6? Ipad Mini atau Ipad Mini 3?
Jom sertai contest "Name the CFM Mascot & Win"
Contest ini bermula dari 2 Mac 2015 sehingga 31 Mac 2015

Senang jer nak menang... Hanya perlu beri nama yang unik dengan cara yang kreatif! Tak kisah la dalam bentuk pantun ke... seloka ke... gambar ke... Janji unik dan kreatif!

Hantar penyertaan korang di sini (Klik)

Labels: ,