Menang Lucky Draw Return Flight Ke Cebu, Filipin

Air Asia Blogger Community, #AABCHangout

Sabtu lepas baru jer selesai 1st hangout with Air Asia Blogger Community kat Escape Room, Time Square... ramai jugak blogger yang terlibat dengan aktiviti kali ni... seronok dapat jumpe ramaaaaaaaaai sangat blogger masa event tu... cerita pasal apa yang berlaku hari tu nanti aku story kemudian eh... 


Cuma entry kali ni aku nak bagi tau yang aku menang lucky draw masa event tu... Sebelum tu masa dia announce pemenang keseluruhan tu aku agak terkesima jugak sebab BFF aku si Daus Redscarz tu jadi juara keseluruhan... team die menang ticket flight ke Cebu, Filipin... Huhuhuhu... Jeleeeeezzzzz...

Pastu lepas habis umum pemenang diorang buat lucky draw pulak... ada 2 return ticket to Hong Kong... 2 return ticket to Visakhapatnam, India dan 2 ticket ke Cebu, Filipin... tak sangka pulak aku dapat 2 ticket ke Cebu, Filipin... hohohoho... menggigil masa ambik hadiah tu weh... Hwaaaaaa.... dapat pergi bercuti dengan BFF lagi... syukur Alhamdulillah...

Tadi sempat la aku meng'google' ushar apa yang menarik kat Cebu tu... apa yang aku tahu Cebu ni popular dengan beach die yang ohsemmm giler...


Dan jugak aktiviti Whale Share Tour... hohoho...


Menarik gak ni...

Sumber Image

Labels: , ,