Melangkah Masuk Dunia Lego di Legoland Hotel

Room @ Legoland Hotel
Smart tak gambar kitorang... hahahaha... aku upload gambar ni kat facebook, ramai yang kata boleh buat cover majalah mangga... tapi kena tayang body laa... hohoho... giler... ni gambar kat dalam bilik Legoland Hotel... takyah la kot aku nak review lagi pasal bilik kat Legoland Hotel ni sebab aku dah pernah story pun dalam blog aku ni.... korang boleh klik sini untuk baca review bilik Hotel Legoland... bezanya cuma sebelum ni aku stay kat bilik yang temanya Adventure tapi kali ni bilik kami tema Pirate...

Ni percutian kami bertiga... percutian BFF namanya.... next next next entry nanti aku story la serba sikit pengalaman percutian kitorang... banyak gak gambar kami yang aku kena abadikan dalam blog ni sebagai kenangan... 

Entri ni aku juz share dengan korang apa yang menarik kat Legoland Hotel ni selain bilik dia yang ohsemmm tuu...

Ni kat lobby hotel... betul-betul depan kaunter chekin tu... ade tempat untuk main lego...

Ni pun kat lobby hotel jugak... dah macam kat tadika kekdahnya...

Ni pun kat lobby hotel jugak... ade video interaktif... boleh layan movie dan jugak main game... playground ni semue open... takde kena bayaran... memang disediakan untuk hotel guest... parents sekalian, sila bersedia untuk melepak kat lobby hotel yer sebab si anak kompom takmo naik bilik... hahaha... aku dah kena dah...

Masih lagi di lobi hotel... ada ruang untuk santai sambil borak-borak... tengok tv... main lego... boleh tertido hoi kalau lepak sini... selesa sangat... cuma bising suara bebudak main laa....

Kalau korang nak tahu... Legoland Hotel ni sentiasa ada aktiviti untuk hotel guest kat bahagian lobi hotel... antaranya korang boleh build lego ikut tema yang diorang tetapkan... guna brick lego yang ada kat lobby tu... hasil kreativiti korang tu boleh la hantar kat kaunter reception untuk diorang nilai... tiap hari ade jer pemenang akan diumumkan... hadiah ape aku tak tau pulak sebab aku tak pernah menang lagi... ngeeee...



Masa kitorang pergi ari tu kena build a castle... pepandai la korang nak creat castle macam mana pun... dah siap nanti hantar kat kaunter reception... tema dia bertukar tiap bulan macam dalam gambar atas ni... untuk bulan 4 ni kena build dinasour... bulan 5 kena cipta boat...

Ni aku dengan daus tengah sebok build castle... beribu brick lego ada kat situ... boleh jer guna banyak mana yang korang nak... gigih buat sebab nak menang tapi tak menang pun... huhuhu...

Nampak tak casle kitorang yang separuh siap tu... terbengkalai kejap sebab kena kacau dengan princess ni... hahaha... tengah dok sebok buat castle boleh pulak die dok terhendap-hendap kat tingkap tu.... Grrrr... hilang konsentrasi terusss... hahaha...

Princess ni dok berkeliaran jer kat lobby... korang boleh bergambar dengan dia kalau nampak die... memang tujuan die kat lobby tu pun untuk berpossing dengan hotel guest sebagai kenang-kenangan...

Selain Princess omey omey tu ade jugak makhluk lain yang berkeliaran kat lobby tu... diorang ni ada time time tertentu untuk keluar... bukan setiap masa ade kat lobi hotel... maskot lego tu pulak akan bertukar-tukar watak... korang kena tanya kaunter pukul berapa diorang ni akan keluar berkeliaran...

Selain aktiviti bergambar dengan watak-watak menarik yang ada kat lobby hotel tu... pihak Hotel Legoland jugak ada sediakan aktiviti lain... korang boleh refer gambar bawah ni sebagai contoh...


Menarik kannn... kite bayar mahal-mahal stay kat hotel ni bukan semata-mata untuk bilik hotel jer tapi jugak termasuk dengan segala aktiviti yang pihak hotel sediakan... serius memang heaven untuk peminat Lego... yang tak minat lego pun boleh jadi minat kalau stay sini...

Nak tahu banyaaaaaaak lagi story aku pasal Legoland Hotel dan juga Legoland Themepark boleh klik sini untuk membaca...


Labels: , , , ,