Legoland Malaysia Penuhi Hasrat Pengunjung Bertuah

Korang kalau diberi peluang buat satu hajat untuk pihak Legoland tunaikan agak-agak apa hajat yang korang nak buat tu... kalau aku la kannn, aku nak buat hajat nak pergi bercuti ke kat Legoland luar negara dengan family... fully sponsor... hahahaha... over tak hajat aku...


Haaa... sempena sambutan Tahun Bru Cina pada bulan Februari lepas... Legoland Malaysia ada menganjurkan aktiviti "Make A CNY Wish" kepada pengunjung yang hadir ke sana... pengunjung boleh menggantungkan kad ucapan di pokok khas yang terdapat di bahagian depan pintu masuk taman tema... dalam kad ucapan tu boleh laaa tuliskan sekali hajat yang diimpikan dan nanti kad yang terpilih akan ditunaikan oleh Legoland Malaysia...



Program "Make A Wish CNY" ni adalah kali pertama diadakan di Legoland ni dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari pengunjung yang hadir... Sebanyak 5,000 kad ucapan telah digantung di pokok yang diberi nama Lam Tsuenwishing... 

Dalam beribu kad ucapan yang telah digantung tu, Kad ucapan dari Miss Wong Yoke Lian dari Kuala Lumpur telah dipilih dan ditunaikan oleh Legoland Malaysia...


Hasrat pengunjung bertuah tu adalah untuk meraikan 40 kanak-kanak yang berada di bawah naungan Diabetis Malaysia (Johor) di Legoland Malaysia. Mr. Tan Poi Chuang iaitu Pengerusi  Diabetis Malaysia cawangan Tanjung Puteri telah menerima tiket dan baucer makanan dari Legoland Malaysia untuk meraikan kesemua 40 kanak-kanak kanak-kanak tersebut di sana.

Fuuuuhhhh... wish pengunjung bertuah tu memang terbaek... ingatkan nak buat wish untuk diri sendiri tapi die buat wish untuk orang lain... memang patut pun hasrat die yang terpilih... harapnya kempen "Make A CNY Wish" ni dijadikan acara tahunan kat Legoland ni...

Facebook : Legoland Malaysia
Laman Web : www.LEGOLAND.my

Labels: , ,