Happy Birthday My Dear Akiff Mirza


Hari ni 23 Mac 2015 genap 4 tahun aku dinaikkan pangkat kepada status abah... Akiff dilahirkan dengan berat 3.05kg di Hospital Pearl Maternity, Penang. selepas 4 tahun berat Akiff bertambah 10kg jer sekarang... Erkkk... hahahha... sekarang lebih kurang 13kg... yang ni memang tak dapek nak nolong... Akiff makan banyak pun tetap badan kedingggg... perut jer naik... hahaha...

Semalam tanya dia nak hadiah ape... Akiff jawab nak kek Baymax... erkkk... mana nak cari ni... tengok la nanti kalau ada abah beli, kalau takda kita beli yang lain...


Baru-baru ni masa bercuti kat Chalet Terapung kitorang ada celebrate birthday Akiff in advance... buat simple jer... Abah doakan Akiff jadi anak yang soleh supaya dapat doakan abah dengan ummie selalu bila abah dengan ummie dah takda nanti... abah sentiasa doakan Akiff sihat dan bijak... nanti boleh tolong jaga adik...



Labels: ,