Tips Mengambil Gambar - Facing

Tips fotografi yang aku nak kongsikan ni adalah dari pengalaman dan sedikit knowledge yang aku ada... aku bukan lah orang yang layak untuk mengajar tentang fotografi ataupun seorang fotografer tapi aku hanya sekadar peminat fotografi... ada la sikit knowledge yang aku dapat dari rakan-rakan, bacaan dan pengalaman aku sendiri...

Aku akan kongsikan tips mudah mengambil gambar beserta dengan contoh gambar sekali... bila ada yang aku ingat aku akan kongsikan entry by entry...

Okeh... tengok contoh dua gambar bawah ni...


Beza posisi subjek tu kann... posisi yang betul adalah gambar yang di bawah... bila ambik gambar, pastikan ruang dihadapan subjek lebih luas berbanding di belakang...

Refer gambar yang atas tu pulak... subjek mengadap kanan gambar yang dah takde ape nak ditunjukkan... bukannya salah apa, cuma tak berapa cun la bila subjek mengadap arah yang berbeza dari kedudukan objek utama yang kita nak tunjukkan dalam gambar (sighboard Bukit Fraser)...

Hmmm... susahnya nak explain dalam blog... hahaha... harap korang faham la ehh... tips mudah jer ni... kuncinya adalah facing subjek mestilah mengadap ruang yang lebih luas dalam gambar... kalau ada soalan boleh tanya kat ruangan komen... nanti aku reply...


Labels: ,