Tahniah Abah! Terima Pingat Jasa Malaysia (PJM)

Ni adalah entry khas untuk abah aku sempena penerimaan Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang diterima semalam.... pingat ni tidak membawa apa-apa gelaran cuma sekadar pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan Malaysia kepada pesara Angkatan Tentera Malaysia yang berkhidmat semasa Darurat Malaya, Darurat Malaya Kedua dan juga Konfrontasi Indonesia - Malaysia...

Sedikit info tentang Pingat Jasa Malaysia, pingat ini juga turut dianugerahkan kepada anggota angkatan tentera Komanwel dari Australia, Fiji, India, Nepal, New Zealand dan United Kingdom.... 
(Sumber Wikipidia : Pingat Jasa Malaysia)

Mak dengan Abah
Uihhh... kemain segak bergaya mak dengan abah.. Semoga Mak dengan Abah diberikan kesihatan yang baik dan ceria dengan anak cucu...

Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang diterima abah...

Abah dalam gambar di atas adalah yang paling kanan dalam barisan tu...

Tahniah Abah untuk penganugerahan Pingat Jasa Malaysia ni... kami anak-anak abah rasa sangat bangga dengan abah...

Labels: