Hantar Kereta Dari Semenanjung Ke Sarawak

Ni pengalaman pertama aku uruskan penghantaran kereta dari semenanjung ke Sarawak... mahal jugak rupanyer... huhuhu... tapi apa boleh buat... takda pilihan... nak tak nak kena jugak sediakan transport untuk Miss Permaisuri kat Sarawak sana... 

Sebelum ni Miss Permaisuri menumpang kawan dia untuk ulang alik megajar kat sekolah... tapi kawan yang die selalu tumpang tu dah dapat tukar balik semenanjung... huhuhu... terpaksa la kena sediakan kereta sendiri untuk urusan dia kat sana... lebih-lebih lagi sekarang ni Miss Permaisuri kena selalu buat chekup pragnant kat klinik... bila ada kereta sendiri kat sana senang la dia nak ulang alik pergi chekup kat klinik...

Untuk servis kargo hantar kereta ke Sarawak, aku berurusan dengan Miss Alice yang berpangkalan kat Kuching... (detail dia aku bagi kat hujung entry ni okeh...) Segala urusan harga dan quotation aku berurusan dengan Miss Alice ni... harga awal dia bagi kat aku adalah RM2,100 untuk total kos dari Pelabuhan Klang sampai ke Sibu... harga tak termasuk insurance... lepas diterangkan pasal insurance akhirnya aku decide takmo ambik insurance tu sebab insurance tu hanya cover sekiranya kapal kargo tenggelam atau karam sahaja... kalau kereta rosak atau calar tak di cover...

Selepas beberapa kali nego dan akhirnya aku dapat harga RM1,800... kos dari Port Klang ke Sibu... Miss Permaisuri tanya cikgu-cikgu lain yang pernah hantar kereta ke Sibu biasanya rate dalam RM2,000... yang aku dapat ni dah dikira murah dah.. harga adalah bergantung kepada jenis kereta jugak... kereta aku ni jenis Proton Iswara...

Untuk urusan kat semenanjung ni aku kena berurusan dengan Mercury Freight Services... kena hantar kereta kat diorang... pejabat die kat Port Klang... detail ada kat hujung entry...

Seperti yang dijanjikan... kereta selamat sampai ke Sibu pada waktu yang dijanjikan... cargo hanya sampai kat Kuching jer... dari Kuching nak ke Sibu akan naik lori treler ni pulak... kos semua dah dikira sekali dah...

Alhamdulillah... kereta dalam keadaan ok... takda calar atau rosak... petrol yang dalam tangki pun tak berusik... Terbaek! Teringat kenangan aku pos motor guna keretapi dari Alor Setar ke KL dulu... sampai KL tangki minyak moto kosong kena sedut dengan staff diorang... Grrrr...

Hmmm... ok kalau korang nak gunakan servis dari Miss Alice ni... memang highly recommended dari aku... Nah ambik detail dia...

Miss Alice (Kuching) = 016-8086069
Email : alice1099@rocketmail.com


Mercury Freight Services Sdn. Bhd.
No. 35, Lorong Cempening,
42000 Port Klang,
Selangor
03-31651899



Labels: ,